Thursday, April 9, 2015

Setem Sepanyol Masih Menarik

                                                      Gambar: Masih Ada Daya Tarikan

Pada 4 Februari 2015, saya telah menerima mel kenalan baru dari Sepanyol (Spain/ Espana). Sudah agak lama saya tidak berurusan dengan mana-mana kenalan baru atau lama dari negara tersebut. Saya perhatikan setem-setem Sepanyol masih ada tarikan tersendiri.  
_________________________________________________________________

Thursday, April 2, 2015

Mel Rusia ..... Setem Menarik Tidak Disangka

                                    Gambar: Terpesona Seketika Melihat Setem Dari Rusia

Pada 2 Februari 2015, saya telah menerima mel dari surat yang memberikan setem-setem yang amat menarik. Dalam sampul surat tersebut terdapat setem Rusia, Ukraine, Kanada dan Republik Czech. Kesemua setem tersebut masih tiada dalam koleksi saya. Saya amat tertarik dengan setem besar Kanada. Walaupun memaparkan corak imej biasa sahaja tetapi terpegun seketika melihat saiz besar setem tersebut yang sesuai dengan realiti kehidupan haiwan yang dipaparkan.

                                                    Gambar:  Perbandingan Saiz Setem

_____________________________________________________________