Saturday, October 31, 2020

Seni Bina Arkitek Moden


Saya sangkakan setem Amerika Syarikat ini dikeluarkan pada tahun 1969. Setelah saya merujuk laman web dan katalog setem menyatakan setem ini dikeluarkan pada 30 September 1982. Setem ini memaparkan seni bina residen famili seorang arkitek  moden yang bernama Walter Gropius. Bangunan tersebut kini dijadikan muzium.

Friday, October 30, 2020

Pejabat Pos Pulau Pangkor


Pada 31 Ogos 2020, saya telah mengunjungi Pulau Pangkor, Perak. Saya rasa teruja untuk melihat bangunan Pejabat Pos Pulau Pangkor dengan mata sendiri. Sayangnya saya hadir ketika pejabat pos tersebut tutup disebabkan Hari Kemerdekaan Malaysia.