Friday, February 22, 2013
Pelawat Pertama Negara Januari 2013
Pada 10 Januari 2013, blog saya telah dilayari oleh pelawat dari negara Latvia. Setem dari negara ini saya masih belum ada. Saya alu-alukan pelawat ini bertukar setem dengan saya.
Thursday, February 14, 2013
Setem Atas Kertas Jerman
Pada bulan Januari, saya telah menerima setem Jerman daripada kenalan saya dari negara tersebut. Terima kasih banyak. Tidak sangka saya akan menerima surat kedua daripada kenalan tersebut. Setem Jerman masih lekat pada kertas yang diberikan pula dalam kuantiti banyak. Terima kasih sekali lagi.
Gambar: Warna-warni setem
Thursday, January 31, 2013
Carta Setem Malaysia Tahun 2012
Apakah setem Malaysia
yang saya minati bagi tahun 2012?
1. Siri Kedua MatawangMalaysia
5 Setem Set
Lengkap Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
Gambar: Setem Siri Kedua MatawangMalaysia
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
Gambar: Setem Siri Kedua Matawang
1. Siri Kedua Matawang
2. Hidupan & Tumbuhan di Dasar Laut
3. Setemku
4. Jubli Intan Ratu Elizabeth II
5. 750 Tahun Melaka
10 Setem Individu Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
Gambar: Setem Blue Sea Star
1. Blue Sea Star – 60 sen
2. Masjid Kampong Hulu, Melaka – 90 sen
3. Program Penyelidikan AntartikaMalaysia (Penguin) – 90 sen
4. Siri Wang Syiling Muka Hadapan 50 Sen: Sulur Kacang – 60 sen
5. Siri Wang Syiling Muka Belakang 50 Sen: Sulur Kacang– 60 sen
6. Siri Wang Syiling Muka Hadapan 20 Sen: Bunga Melur – 60 sen
7. Lawatan Duke & Duchess ofCambridge
– RM1.50
8. Leopard Moray Eel – 60 sen
9. Ya Kepada Hidup, Tidak Kepada Dadah (Keluarga) – 60 sen
10. Reka Bentuk Petani Melayu Membajak (Setem 50 Sen Kedah) – 90 sen
5 Setem Lembaran Mini Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
Gambar: Lembaran Mini Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV
1. Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV – RM2 dan RM3
2. Pakaian Seragam Posmen – RM3
3. Sejarah Pos di Kedah – RM3
4. Siri Wang Kertas RM50: Minyak Kelapa Sawit & Bioteknologi – RM5
3. Setemku
4. Jubli Intan Ratu Elizabeth II
5. 750 Tahun Melaka
10 Setem Individu Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
Gambar: Setem Blue Sea Star
1. Blue Sea Star – 60 sen
2. Masjid Kampong Hulu, Melaka – 90 sen
3. Program Penyelidikan Antartika
4. Siri Wang Syiling Muka Hadapan 50 Sen: Sulur Kacang – 60 sen
5. Siri Wang Syiling Muka Belakang 50 Sen: Sulur Kacang– 60 sen
6. Siri Wang Syiling Muka Hadapan 20 Sen: Bunga Melur – 60 sen
7. Lawatan Duke & Duchess of
8. Leopard Moray Eel – 60 sen
9. Ya Kepada Hidup, Tidak Kepada Dadah (Keluarga) – 60 sen
10. Reka Bentuk Petani Melayu Membajak (Setem 50 Sen Kedah) – 90 sen
5 Setem Lembaran Mini Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
Gambar: Lembaran Mini Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV
1. Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV – RM2 dan RM3
2. Pakaian Seragam Posmen – RM3
3. Sejarah Pos di Kedah – RM3
4. Siri Wang Kertas RM50: Minyak Kelapa Sawit & Bioteknologi – RM5
5.
Hidupan & Tumbuhan di Dasar Laut – RM5
5 Sampul Surat Hari Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
Gambar: Sampul Surat Sejarah Pos di Kedah Berlatarbelakangkan Setem
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
Gambar: Sampul Surat Sejarah Pos di Kedah Berlatarbelakangkan Setem
1.
Sejarah Pos di Kedah (Latar Belakang Setem)
2. Program Penyelidikan AntartikaMalaysia
3. Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV
4. Siri Kedua MatawangMalaysia
5. 750 Tahun Melaka
2. Program Penyelidikan Antartika
3. Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV
4. Siri Kedua Matawang
5. 750 Tahun Melaka
5 Cap Sampul Surat Hari Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
Gambar: Cap Terbaik 2013
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
Gambar: Cap Terbaik 2013
1.
Pakaian Seragam Posmen
2. Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV
3. Perayaan di Malaysia Siri II
4. Warisan Tenunan
5. Persidangan Gas Sedunia ke-25
2. Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV
3. Perayaan di Malaysia Siri II
4. Warisan Tenunan
5. Persidangan Gas Sedunia ke-25
5 Risalah Sampul Surat Hari Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
Gambar: Risalah Program Penyelidikan Antartika Malaysia
1.
Program Penyelidikan Antartika Malaysia
2. Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV
3. 750 Tahun Melaka
4. Punca Rezeki Tradisional
5. Siri Kedua MatawangMalaysia
2. Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV
3. 750 Tahun Melaka
4. Punca Rezeki Tradisional
5. Siri Kedua Matawang
Tuesday, January 15, 2013
Kenangan Manis 2012
Apakah kenangan manis saya berkaitan setem sepanjang tahun 2012?
Gambar: Minggu Setem 2012 di Kuala Lumpur
Terdapat banyak kenangan manis. Buat pertama kali ini saya senaraikan top 10 kenangan manis tersebut seperti berikut:
1. Artikel mengenai hobi saya disiarkan dalam surat khabar Harian Metro pada Jun 2012.
2. Mengunjungi pejabat pos di Mekah, Arab Saudi pada 12.3.2012.
3. Membeli setem di pejabat pos di Mekah, Arab Saudi pada 12.3.2012.
4. Memiliki buku katalog setem Viet Nam pada 23.11.2012.
5. Mengunjungi pejabat pos di Ho Chi Minh City, Viet Nam pada 23.11.2012.
6. Mengunjungi Minggu Setem 2012 di AEON AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 21.11.2012.
7. Menerima setem Honduras pada 10.10.2012.
7. Menerima setem Honduras pada 10.10.2012.
8. Menerima setem Luxemberg pada Oktober 2012.
9. Membeli setem Viet Nam pada 23.11.2012.
10. Membeli Sampul Surat Hari Pertama Viet Nam pada 23.11.2012.
Monday, December 10, 2012
Pejabat Pos Ho Chi Minh City, Viet Nam
Gambar: Pandangan hadapan Pejabat Pos Ho Chi Minh City
Saya telah membeli beberapa keping setem dan Sampul Surat Hari Pertama. Kebetulan semasa tarikh tersebut terdapat keluaran Sampul Surat Hari Pertama. Wah! Ini cukup menggembirakan diri saya. Tanpa diduga hampir dua setengah jam saya berada dalam pejabat pos tersebut.
Gambar: Sampul Surat Hari Pertama Viet Nam yang pertama dimiliki
Gambar: Sampul Surat Hari Pertama Viet Nam yang pertama dimiliki
Jika hendak mengepos poskad dari Viet Nam ke Malaysia, bayaran setem yang diperlukan sebanyak 10,500d (lebih kurang RM1.60). Manakala jika hendak mengepos surat, bayaran setem dikenakan sebanyak 15,000d (lebih kurang RM2.10).
Gambar: Salah satu setem Viet Nam yang dibeli
Gambar: Salah satu setem Viet Nam yang dibeli
Dalam pejabat pos tersebut jual menjual berbagai-bagai jenis poskad, T-shirt dan barangan cenderamata yang lain. Katalog Setem Viet Nam pun turut dijual oleh peniaga di situ!
Pada 24.11.2012, sekali lagi saya mengunjungi pejabat pos tersebut yang didirikan mengikut seni bina Perancis. Kali ini bersama rombongan pelancong yang bersama-sama saya. Saya berada di situ tidak lama, lebih kurang 10 minit. Saya hanya sempat membeli 3 keping Sampul Surat Hari Pertama keluaran beberapa bulan atau tahun yang lalu.
Friday, December 7, 2012
Friday, November 30, 2012
Minggu Setem 2012
Gambar: Sebahagian setem Malaysia dibeli pada Minggu Setem 2012
Pada 21.11.2012, saya telah mengunjungi Minggu Setem 2012 yang diadakan di AEON AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur. Kali ini saya gembira dapat membeli beberapa keping Lembaran Mini dan setem sekitar tahun 2000 hingga 2005. Apa yang mengejutkan saya kali ini, ada gerai Pos Indonesia! Apalagi, saya pun membeli beberapa keping Lembaran Mini yang berharga RM2.00 dan RM4.00. Saya juga membeli satu lembaran setem Keluaran Bersama Indonesia-Singapura yang dijual dengan harga RM10.00 .
Gambar: Antara Lembaran Mini dibeli dari gerai Pos Indonesia

Friday, November 2, 2012
Pelawat Pertama Negara Oktober 2012
Gambar: Setem Arab Saudi pemberian bonda tahun 2008
Pada bulan Oktober 2012, blog ini telah dilayari oleh pelawat dari negara-negara seperti berikut:
i. Arab Saudi pada 17.10.21012
Saya ada kenalan dari negara ini tetapi tidak sampai berutus surat. Berkenalan dalam kapal terbang.
ii. Sri Lanka pada 21.10.2012
Teringin pula mengetahui perkembangan kenalan saya yang pernah bertukar-tukar setem beberapa tahun lepas.
iii. Mexico pada 26.10.2012
Saya masih tiada mempunyai kenalan dari negara ini. Sudah lama saya menanti mana-mana pelawat dari negara ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada pelawat ketiga-tiga negara tersebut. Kalau hendak bertukar-tukar setem atau berkongsi pengalaman, hubungi menerusi e-mel saya.
Monday, October 22, 2012
Pelawat Pertama Negara September 2012
Gambar: Setem pada sampul surat pertama diterima dari Honduras
Pada 1 September 2012, blog saya telah dilayari oleh pelawat dari negara Honduras untuk pertama kali. Sebelum tarikh tersebut, saya belum ada kenalan dari negara tersebut untuk bertukar-tukar setem.
Pada 1 September 2012, blog saya telah dilayari oleh pelawat dari negara Honduras untuk pertama kali. Sebelum tarikh tersebut, saya belum ada kenalan dari negara tersebut untuk bertukar-tukar setem.
Pada 10 Oktober 2012, saya telah menerima sepucuk surat dari Honduras! Inilah kali pertama saya menerima surat dari negara tersebut! Inilah kali pertama juga saya memiliki setem Honduras! Cukup gembira! Apatah lagi dalam surat tersebut mengandungi 50 keping setem Honduras yang sudah digunakan!
Monday, October 15, 2012
Terima Setem Kenangan Malaysia
Gambar: Sebahagian koleksi setem telah lalui proses pengasingan dari sampul surat
Dalam bulan Disember 2009 hingga Mei 2010, saya telah menerima lebih kurang 250 keping setem kenangan Malaysia yang masih dilekatkan pada sampul surat. Manakala, pada bulan Jun 2010 saya tidak merekodkannya. Pada bulan Julai 2010 hingga Disember 2010 saya menerima lebih kurang sebanyak 279 keping setem kenangan dan personal.Oleh itu, anggaran jumlah keseluruhan pada tahun 2010, lebih kurang sebanyak 500 keping setem Malaysia jenis kenangan dan personal telah diterima.

Sebahagian setem-setem tersebut menjadi koleksi peribadi saya dan sebahagian lagi setem digunakan untuk bertukar-tukar setem dengan semua kenalan di dunia.
Bagaimana pula setem kenangan Malaysia yang masih dilekatkan pada sampul surat
bagi tahun 2011 dan tahun 2012? Harap jangan terkejut. Saya masih belum menyemak lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)