Setem Stamp
e-mel / e-mail : setemstamp@yahoo.com
Thursday, November 30, 2023
Jubli Perak Pemerintahan
Wednesday, November 29, 2023
Hari Pos Sedunia 2023
Malaysia telah mengeluarkan 2 keping setem sempena Hari Pos Sedunia pada 9 Oktober 2023. Walau bagaimanapun, setem tersebut dijual pada 17 Oktober 2023.
Tuesday, October 31, 2023
Setem Definitif Singapura
Saya penggemar setem definitif Singapura sejak zaman kanak-kanak lagi. Saya tertarik dengan tema dan warna setem definitif Singapura walaupun setem yang dikeluarkan bersaiz kecil.
Setem definitif bertemakan burung juga menarik minat saya sebagaimana yang dipaparkan. Tambahan pula setem tersebut bersaiz besar.
Monday, October 30, 2023
100 Tahun Mel Udara Pertama
Pada 7 Oktober 2023, saya amat terkejut setelah mendapati blog ini dilawati oleh ramai pelawat dari Singapura.
Berdasarkan statistik, blog ini dikunjungi secara drastik seramai 892 pelawat Singapura bermula 26 September 2023 hingga 8 Oktober 2023.
Sebagai penghargaan, saya paparkan setem Singapura yang berada dalam koleksi album setem saya. Setem tersebut dikeluarkan pada 31 Julai 2019 sempena 100 tahun mel udara pertama. Menarik.
Saturday, September 16, 2023
Gabungan Sains, Pokok dan Bangunan
Malaysia mengeluarkan setem bertemakan sains, pokok dan bangunan pada 18 Mei 2023. Fokus setem tersebut mengenai pusat penyelidikan di Malaysia. Sebanyak 3 denominasi setem iaitu 30 sen, 70 sen dan RM1.30.
Secara peribadi, saya gemar setem keluaran kali ini disebabkan bertemakan sains, bersaiz besar 30 mm x 40 mm dan terdapat setem 30 sen.
Saturday, September 2, 2023
Duit Syiling Kesultanan Melayu
Thursday, August 31, 2023
Haiwan Kesayangan Tahun 2023
Pembuka tirai setem Malaysia bagi tahun 2023 bertemakan haiwan kesayangan. Setem tersebut dikeluarkan pada 23 Februari 2023. Setem tersebut bernilai 30 sen, 50 sen dan RM1.30. Terdapat juga Lembaran Mini yang dikeluarkan bernilai RM5.00.
Saya lebih gemar setem 30 sen yang memaparkan ilustrasi ikan pelaga. Adakah ikan pelaga merupakan haiwan kesayangan saya? Ikan pelaga cantik dipandang namun kucing merupakan haiwan kesayangan saya. Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-66.
Tuesday, August 29, 2023
Pelawat Pertama Jordan
Pada 1 Jun 2022, blog saya ini telah dilayari pelawat pertama dari negara Jordan. Namun, saya masih belum ada koleksi setem dari negara tersebut. Mungkin suatu hari nanti saya akan memiliki setem tersebut.
Saturday, August 13, 2022
Sukan Komanwel Birmingham 2022
![]() |
Setem Sukan Komanwel ke-22 |
Tanggal 28 Julai 2022, Great Britain mengeluarkan setem sempena Sukan Komanwel atau Commonwealth Games. Sukan ini juga dikenali sebagai Birmingham 2022 bermula 28 Julai 2022 dan berakhir pada 8 Ogos 2022. Birmingham, England menjadi tuan rumah bagi menjayakan sukan berprestig ini.
![]() |
Sampul Surat Hari Pertama |
Sebanyak 8 jenis setem berlainan imej sukan yang dikeluarkan termasuk melibatkan atlet para. Selain daripada setem, terdapat Sampul Surat Hari Pertama dikeluarkan bagi dijadikan kenangan peminat filateli dan sukan. Sampul Surat Hari Pertama tersebut ada sisipan risalah mengenai acara sukan yang dipertandingkan.
Tahniah kepada atlet Malaysia yang telah berjuang untuk mengharumkan negara. Malaysia berjaya memungut 7 pingat emas, 8 perak dan 8 gangsa. Malaysia berada kedudukan ke-10 dalam senarai pungutan pingat keseluruhan negara yang mengambil bahagian.
Friday, August 12, 2022
8 Kucing Dari Edinburgh
Lapan kucing kesemuanya diterima dari Edinburgh pada 11 Ogos 2022. Kucing-kucing tersebut dalam bentuk setem dan poskad.
Filateli bertemakan kucing keluaran Great Britain ini dikeluarkan pada 9 Jun 2022. Saya sungguh gembira melihat setem dan poskad tersebut yang bukan dalam bentuk ilustrasi. Cantik dan terasa geram melihat kucing-kucing tersebut dalam pelbagai aksi.
Untuk peminat poskad, saya terbalikkan sekeping poskad untuk tatapan semua bagi melihat reka bentuk bahagian belakang.
Saya amat berharap Malaysia dapat mengeluarkan setem tema kucing sebegini. Saya juga berharap jika Malaysia mengeluarkan setem dan poskad untuk apa-apa tema, imej yang dipaparkan dalam setem perlulah sama seperti dalam poskad. Puas melihat imej setem yang besar dalam bentuk poskad.