Saturday, August 13, 2022

Sukan Komanwel Birmingham 2022

Setem Sukan Komanwel ke-22

Tanggal 28 Julai 2022, Great Britain mengeluarkan setem sempena Sukan Komanwel atau Commonwealth Games. Sukan ini juga dikenali sebagai Birmingham 2022 bermula 28 Julai 2022 dan berakhir pada 8 Ogos 2022. Birmingham, England menjadi tuan rumah bagi menjayakan sukan berprestig ini.

Sampul Surat Hari Pertama

Sebanyak 8 jenis setem berlainan imej sukan yang dikeluarkan termasuk melibatkan atlet para. Selain daripada setem, terdapat Sampul Surat Hari Pertama dikeluarkan bagi dijadikan kenangan peminat filateli dan sukan. Sampul Surat Hari Pertama tersebut ada sisipan risalah mengenai acara sukan yang dipertandingkan.

Tahniah kepada atlet Malaysia yang telah berjuang untuk mengharumkan negara. Malaysia berjaya memungut 7 pingat emas, 8 perak dan 8 gangsa. Malaysia berada  kedudukan ke-10 dalam senarai pungutan pingat keseluruhan negara yang mengambil bahagian.