Pada 1 Oktober 2016, jam lebih kurang 10.15 pagi, saya berjaya menjejaki kembali ibu pejabat pos di Kuala Lumpur, Malaysia. Tanpa tidak disangka, saya sudah tiga tahun tidak menghadiri Minggu Setem disebabkan saya menghadkan diri sendiri supaya memilih hanya sekali setahun sahaja program besar berkaitan setem dalam Malaysia, bagi menjimatkan kos perbelanjaan. Pada tahun 2013, saya memilih untuk hadir Pameran Setem Tri-Nation di ibu pejabat pos Kuala Lumpur. Selepas itu, saya memilih pula Pameran Setem Remaja Dunia 2014 di KLCC. Manakala pada tahun lepas, saya mengunjungi Pameran Setem Empat Negara di Dataran Pahlawan, Melaka.
Saya agak terkedu sebentar apabila ternampak sekumpulan pelajar sekolah beratur di koridor berhampiran pintu masuk penjualan setem. Tapi saya yakin, mustahil terlalu ramai dan panjang beratur. Saya pun mencelah pelajar-pelajar tersebut. Mereka hanya berkumpul di situ. Nasib baik, saya tidak ikut beratur bersama mereka.
Serentak dengan Minggu Setem ini, terdapat Setem Definitif Antarabangsa yang pertama kali dikeluarkan di Malaysia. Saya terus bertanya dengan petugas pos tempat untuk membeli setem tersebut. Petugas memaklumkan perlu ambil nombor giliran kaunter terlebih dahulu. Nombor giliran saya, 1056 dan terdapat lebih kurang 30 orang lain menunggu. Walaupun, giliran saya lama lagi, saya tidak melatah disebabkan saya tahu bermacam-macam perkara boleh dilakukan semasa Minggu Setem.
Oleh itu, bagi mengisi masa, saya pergi mengambil risalah dan poster mengenai Setem Definitif Antarabangsa di ruang menunggu kaunter pembelian setem. Saya juga mengambil kesempatan, pergi mengepos surat kepada kenalan Sepanyol di bangunan kaunter utama. Saya mendapati, kaunter utama perkhidmatan pos tidak dibuka disebabkan ada pertandingan mewarna kanak-kanak. Selepas itu, saya membeli Lembaran Mini lama yang belum digunakan. Saya gembira dapat membeli beberapa Lembaran Mini yang masih belum ada dalam koleksi dan ditambah pula dengan diberi cenderamata berupakan Lembaran Mini Sukan Komanwel 1998 dan poskad.
Selepas itu, saya sudah berasa lapar. Tangan pun sudah mengigil. Syukur ada peniaga sarapan pagi di luar pintu tempat penjualan setem. Nasi lemak dijual dengan harga RM2.00, harganya amat berpatutan dan sedap pula.
Kemudian, saya menyambung semula membeli setem lama yang belum digunakan. Kebanyakan setem yang dijual telah ada dalam koleksi saya. Cuma saya ingin menambahkan stok simpanan bagi memudahkan pertukaran setem dengan kenalan. Saya agak terkilan pembelian setem lama tidak dimaklumkan awal akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan/ Goods and Services Tax (CBP/ GST). Iklan yang dipaparkan dalam laman web rasmi pos sebelum Minggu Setem berlangsung tidak begitu jelas dinyatakan.
Lebih kurang dua jam saya menunggu giliran untuk membeli Setem Definitif Antarabangsa. Nasib baik dapat membeli semua barangan filateli yang dihajati. Layanan mesra petugas lelaki di kaunter nombor dua, memuaskan hati saya. Terima kasih dan tahniah diucapkan.
Lebih kurang dua jam saya menunggu giliran untuk membeli Setem Definitif Antarabangsa. Nasib baik dapat membeli semua barangan filateli yang dihajati. Layanan mesra petugas lelaki di kaunter nombor dua, memuaskan hati saya. Terima kasih dan tahniah diucapkan.
Selepas itu, saya memulakan aktiviti mengoyak gigi setem untuk menampal pada Sampul Surat Hari Pertama. Agak terkial-kial untuk mengoyak gigi setem bagi memastikan setem tidak terkoyak. Seperti biasa, untuk menggunakan cap setem Hari Pertama perlu ada kesabaran. Walaupun, tidak ramai yang menggunakan cap tetapi jika seorang sahaja mempunyai banyak surat dan poskad perlu dicap, memanglah perlu menunggu lama.
Selepas berjaya mengecap Sampul Surat hari Pertama, tugas mencabar saya seterusnya, untuk mengira semula harga setem dan Lembaran Mini yang dibeli. Namun, saya dimaklumkan terdapat setem tanpa tebukan yang dijual secara helaian dikenakan harga RM10.00 walaupun nilai setem tersebut berharga RM6.00. Saya rasa terkilan sedikit. Sepatutnya pelanggan dimaklumkan awal mengenai harganya. Lebih kurang hampir 30 minit saya menghabiskan masa menyemak bagi mengira harga setem dan Lembaran Mini.
Saya bercadang untuk membeli setem sudah digunakan yang dijual oleh pengedar setem. Namun, tiada setem yang ingin dibeli di situ. Seterusnya, saya menaiki lif menuju tingkat tiga bangunan pejabat pos. Terdapat pameran setem. Saya fikir tidak ramai pengunjung dalam dewan pameran tersebut. Sangkaan saya melesat. Terdapat ramai pelajar sekolah.
Apabila saya tiba di rumah, saya mengetahui menerusi internet, pejabat pos ada menjual poskad sempena Minggu Setem tersebut. Mungkinkah pihak pos lewat mempromosikan poskad tersebut? Saya kecewa tidak dapat membeli poskad yang cantik itu. Namun, kekecewaan itu terubat apabila melihat poskad itu tiada tertera perkataan "MINGGU SETEM".
Apakah yang menarik perhatian saya pada Minggu Setem 2016?
7. Lembaran Mini "MINGGU
SETEM".
Saya bercadang untuk membeli setem sudah digunakan yang dijual oleh pengedar setem. Namun, tiada setem yang ingin dibeli di situ. Seterusnya, saya menaiki lif menuju tingkat tiga bangunan pejabat pos. Terdapat pameran setem. Saya fikir tidak ramai pengunjung dalam dewan pameran tersebut. Sangkaan saya melesat. Terdapat ramai pelajar sekolah.
Apakah yang menarik perhatian saya pada Minggu Setem 2016?
1. Nombor
giliran pembelian Setem Definitif Antarabangsa.
Dengan adanya nombor giliran
ini untuk kaunter pembelian Setem Definitif Antarabangsa, pembeli tidak perlu
berebut-rebut atau beratur panjang untuk membeli filateli. Cara ini lebih
sistematik dan adil.
2. Jualan
sarapan pagi.
Sememangnya perlu ada peniaga
menjual makanan bagi mengelakkan pengunjung kelaparan atau kehausan. Dengan
adanya jualan tersebut, pengunjung tidak perlu bersusah-payah mencari tempat
untuk menjamu selera. Di samping itu, dapat mengisi masa ketika menunggu
giliran membeli barangan filateli.
3. Kios
foto menarik.
Kios foto atau photo booth berbentuk empat segi dan bulat
di tengah, berimejkan kanta pembesar, menarik untuk diambil gambar sebagai
tanda kenangan. Terdapat petugas pos yang ringan tulang membantu pengunjung mengambil
gambar.
4. Layanan
mesra petugas pos.
Terdapat petugas pos yang
memberi layan baik dan tidak lokek senyuman. Wajar dikekalkan.
5. Cenderamata.
Terdapat cenderamata setem,
Lembaran Mini dan poskad diberikan pembeli setem lama. Cendermata wajar
diberikan kepada pembeli sebagai tanda penghargaan dan kenangan. Dengan adanya
cenderamata tersebut, sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati pengunjung terutama
yang hadir dari luar Kuala Lumpur.
6. Jumlah
kerusi pengunjung memuaskan.
Jumlah kerusi yang disediakan
di ruang jualan setem lama dan Setem Definitif Antarabangsa untuk pengunjung memuaskan.
Pengunjung terdiri dari pelbagai peringkat usia termasuk warga emas. Keselesaan
pengunjung harus diutamakan.
7. Poster diberikan kepada pengunjung.
Terdapat Poster Setem Definitif
Antarabangsa dan Minggu Setem yang diletakkan di ruang kaunter setem yang
membolehkan pengunjung bebas mengambilnya. Poster ini juga boleh dianggap
sebagai cenderamata terutama bagi pengunjung yang mengumpulnya.
Apakah yang perlu diperbaiki untuk Minggu Setem
akan datang?
1. Menyediakan
resit kepada pembeli setem lama.
Resit perlu diberikan kepada
pembeli setem lama oleh pihak pos supaya kekeliruan bayaran yang dikenakan
dapat dielak. Tambahan pula, terdapat sesetengah individu yang membeli setem lama
pelbagai jenis dalam kuantiti banyak. Dengan ada resit, dapat mengelakkan
berlakunya pertikaian atau salah sangka harga setem lama dikenakan kepada
pelanggan.
2. Jualan helaian setem lama tanpa tebukan perlu
dilabelkan harga.
Terdapat kekeliruan di kalangan
pembeli ke atas helaian setem lama tanpa tebukan (imperforate stamp) yang
harganya berbeza berbanding dengan nilai sebenar yang tertera pada setem
tersebut. Setem lama tanpa tebukan dijual dengan harga yang lebih tinggi
daripada setem lama ada tebukan. Dicadangkan pihak pos melabelkan harga setem
tanpa tebukan.
3. Setem lama dijual secara helaian perlu
diasingkan.
Mana-mana setem lama yang
dijual secara helaian (tidak boleh dikoyak dari helaian setem) perlu diasingkan
daripada setem yang dijual secara kepingan. Selain daripada itu, perlu dilabelkan
untuk makluman pembeli. Ada pembeli yang mengoyakkan setem yang dijual secara
helaian hingga ditegur oleh pihak pos. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku,
sememangnya wajar diasingkan dan dilabelkan mana-mana setem dijual mengikut
helaian.
4. Mengadakan
kuiz atau meneka jumlah setem.
Beberapa tahun sebelum ini,
terdapat kuiz atau meneka jumlah setem semasa Minggu Setem. Dicadangkan kuiz
atau meneka jumlah setem perlu diadakan semula dengan menawarkan hadiah menarik
bagi memeriahkan Minggu Setem.
5. Promosi barangan filateli sempena Minggu
Setem.
Tidak semua peminat setem akan mengetahui
apakah barangan filateli yang akan dijual khas sempena Minggu Setem. Oleh yang
demikian, promosi secara jelas dengan menyatakan apakah barangan dijual perlu
ada sebelum berlangsungnya acara Minggu Setem. Sekiranya terdapat barangan
filateli yang dijual tidak disenaraikan dalam risalah atau poster promosi,
dicadangkan petugas pos terutama di kaunter jualan dapat mengesyorkan kepada
pengunjung yang mungkin berminat atau terlupa untuk membeli. Kemungkinan dengan
cara ini, dapat meningkatkan jualan pihak pos sempena Minggu Setem.
6. Menjemput wakil pejabat pos dari negara
luar.
Dicadangkan pada tahun akan datang,
pihak pos menjemput sekurang-kurangnya satu wakil pejabat pos dari luar negara menjual
produk filateli semasa Minggu Setem. Pihak pos boleh menjemput terutama negara
berdekatan seperti Brunei Darrusalam, Singapura, Thailand, Filipina dan Laos.
Dengan adanya wakil pos dari luar negara bukan sahaja dapat memeriahkan Minggu
Setem tetapi dapat mengeratkan hubungan sesama negara.
Pihak pos seharusnya
mengekalkan pengeluaran Lembaran Mini sempena Minggu Setem. Ketiadaan Lembaran
Mini yang mempunyai cetakan “MINGGU SETEM” bagaikan kurang lengkap terutama
peminat setem yang mengumpul Lembaran Mini tersebut. Oleh itu, disyorkan pada
masa akan datang sekiranya pihak pos mahu mengeluarkan suatu keluaran setem
semasa Minggu Setem, set setem tersebut perlu ada Lembaran Mini.