Friday, December 17, 2010
Minggu Setem 2010
Pada hari Isnin 13 Disember 2010 jam lebih kurang 11.00 pagi saya telah mengunjungi Minggu Setem yang diadakan di Berjaya Times Squares, Kuala Lumpur, Malaysia. Hari tersebut merupakan hari pertama Minggu Setem! Tidak pernah selama ini saya hadir pada hari pertama Minggu Setem. Minggu Setem ini dijalankan selama seminggu.
Friday, November 19, 2010
Album Setem New Zealand
Pada 18.11.2010, saya telah berjaya menyimpan setem-setem New Zealand ke dalam satu album setem. Album tersebut untuk koleksi setem New Zealand sahaja. Sebelum ini saya campurkan setem New Zealand dengan setem Australia.
Saya juga telah menyusun setem New Zealand mengikut tahun dikeluarkan berdasarkan New Zealand Stamps, ACS Colour Catalogue 1855 to 2004. Katalog setem tersebut saya beli semasa di Kuala Lumpur lebih kurang 3 tahun yang lalu tetapi barulah kesempatan menggunakannya.
Kelewatan menggunakan katalog setem tersebut disebabkan saya serba salah hendak menggunakan yang mana satukah album setem untuk saya masukkan setem New Zealand. Saya ada berbagai-bagai saiz dan keluaran album setem. Sebab lain, saya juga fokuskan penyusunan dan penyimpanan setem Malaysia, Singapura, Australia dan Amerika Syarikat.
Sunday, August 29, 2010
Setem Negara India
Pada bulan Ogos 2010, saya telah menerima surat dari negara India. Dalam sampul surat tersebut mengandungi setem yang telah digunakan lebih kurang sebanyak 300 keping. Inilah setem negara India yang paling banyak yang saya terima dalam sejarah hidup saya setakat ini! Kenalan negara India tersebut mahukan Setem Keluaran Khas Siri Definitif Malaysia tahun 2007 dan beberapa keping setem yang belum digunakan daripada saya. Saya telah pun menghantar setem-setem tersebut secara surat berdaftar.
Menang Hadiah Setem Singapura
Wednesday, July 14, 2010
Keinginan
Thursday, May 20, 2010
Sunday, April 4, 2010
Carta Setem Malaysia Tahun 2009
Gambar: Araknid.....Pilihan No. 1 Setem Set Lengkap Terbaik dan Lembaran Mini Terbaik!
Gambar: Inilah Setem Upeh Bakau Setem Individu Terbaik
Apakah setem Malaysia yang saya minati bagi tahun 2009?
5 Setem Set Lengkap Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
5 Setem Set Lengkap Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Araknid
2. Tapak Warisan Dunia
3. Kapal Selam Pertama Malaysia
4. Bangunan Cekap Tenaga
5. Masyarakat Penyayang, Unicef
10 Setem Individu Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Upeh Bakau - 50 sen
2. Taman Negara Mulu, Sarawak - 50 sen
3. Curved spiny spider – 30 sen
4. George Town, Penang – 50 sen
5. Murai Bersiul Gunung - 50 sen
6. Kapal Diraja Tunku Abdul Rahman (Memulakan Pelayaran) - 50 sen
7. Diamond Building, Suruhanjaya Tenaga Putrajaya – RM1
8. Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak, Unicef – RM1
9. Fighting Spider - 30 sen
10. Golden orb-web spider – RM1
5 Setem Lembaran Mini Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Tapak Warisan Dunia – 50 sen, 50 sen, 50 sen dan 50 sen
2. Araknid - RM5
3. 1 Malaysia- RM5
4. Burung Unik di Malaysia – RM5
5. Spesis Pokok Palma – RM3

Wednesday, March 31, 2010
Kenangan Manis 2009
Apakah kenangan manis saya berkaitan dengan setem pada tahun 2009?
Macam-macam kenangan ada, antaranya lawatan Muzium Setem Melaka, menghadiri Minggu Setem 2009 di Dataran Pahlawan Melaka dan menerima banyak surat dan poskad daripada kenalan luar negara. Seronoknya!
Macam-macam kenangan ada, antaranya lawatan Muzium Setem Melaka, menghadiri Minggu Setem 2009 di Dataran Pahlawan Melaka dan menerima banyak surat dan poskad daripada kenalan luar negara. Seronoknya!
Saturday, February 27, 2010
Minggu Setem 2009
Gambar: Sebahagian setem-setem yang dibeli pada Minggu Setem 2009.
Gambar: Sebahagian hadiah yang diterima daripada POS Malaysia.
Pada 12.12.2009, saya telah mengunjungi Minggu Setem 2009 Dataran Pahlawan Melaka Megamall yang diadakan di Banda Hilir, Melaka, Malaysia. Terdapat pelbagai setem dan lembaran mini yang dijual. Hadiah berupakan Sampul Surat Hari Pertama turut diberikan kepada pembeli setem. Terima kasih POS Malaysia!
Sunday, January 31, 2010
Muzium Setem Melaka
Gambar: Tiket Muzium Setem Melaka
Tanggal 28 November 2009, jam lebih kurang 11.50 pagi buat pertama kalinya saya telah menjejaki Muzium Setem Melaka, Malaysia. Sungguh gembira!
Bilakah muzium tersebut ditubuhkan?
Muzium tersebut ditubuhkan pada 16 Julai 2006 oleh Kerajaan Negeri Melaka, melalui Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).
Di manakah lokasinya?
Jalan Kota, berhampiran Kota A’Farmosa dan Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka.
Berapakah bayaran masuk?
Pada mulanya saya ingat percuma. Rupa-rupanya kena bayar. RM1.00 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak.
Apakah yang menarik?
i. Lokasinya berhampiran Kota A’ Farmosa dan Dataran Pahlawan;
ii. Adanya sebuah kedai menjual setem;
iii. Terdapat beberapa setem yang masih dalam bentuk lembaran dipamerkan mengikut tahun dikeluarkan;
iv. Terdapat setem sumbangan peminat-peminat setem dari dalam dan luar negara dibingkaikan dan dipamerkan;
v. Terdapat pameran bergambar bagaimana pemprosesan setem.
Apakah cadangan untuk membaiki kualiti muzium ini?
i. Kedai menjual setem perlu menjual lebih banyak aneka setem dari dalam dan luar Negara;
ii. Perlu lebih banyak setem dipamerkan;
iii. Pengunjung diberikan satu paket kecil mengandungi setem terpakai Malaysia sebagai cenderamata.

Subscribe to:
Posts (Atom)