Saturday, July 31, 2021

Setem Olimpik Malaysia

31 Julai 2021 Malaysia berjaya mendapat pingat pertama di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Walaupun pingat tersebut merupakan pingat gangsa tetapi amat berharga untuk maruah negara. 



Oleh itu, saya paparkan  dalam blog kali ini setem Jepun dan Malaysia. Setem Jepun tersebut bertemakan bunga dikeluarkan pada 1 Julai 1967. 

Manakala, setem Malaysia yang bertemakan Sukan Olimpik dikeluarkan pada 12 Oktober 1968. Malaysia belum pernah mengeluarkan lagi setem bertemakan Sukan Olimpik selepas tarikh tersebut.

Friday, July 30, 2021

Sempena Olimpik 2020

Ketika ini sedang berlangsung Olimpik 2020 yang diadakan di Tokyo, Jepun. Acara sukan teragung ini bermula 23 Julai 2021 hingga 8 Ogos 2021.



Sebagai menghargai Jepun sebagai tuan rumah acara tersebut, dipaparkan setem mengenai 11th Pacific Science Congress yang dikeluarkan pada 22 Ogos 1966. Setem tersebut dikeluarkan selepas lebih setahun Jepun menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Tokyo 1964, yang pertama kali diadakan di Asia. 

Saya masih belum ada setem Olimpik Tokyo 1964 dan 2020. Harap saya akan miliki suatu hari nanti.