Sunday, June 20, 2021

Menggamit Kenangan India



Dalam masa tempoh sebulan kebelakangan ini didapati laman saya telah dikunjungi oleh ramai pelawat dari India. Sebagai penghargaan, dipamerkan setem India yang ada dalam album koleksi saya.

Setem tersebut dikeluarkan pada 26 Januari 1955 berkenaan empangan Tilaiya di Lembah Damodar. Setem tersebut saya anggap sebagai salah satu setem klasik yang menggamit kenangan.
 

Sunday, June 13, 2021

Orkid Bola Thailand


Pada 15 Jun 2021 (tarikh UAE) atau 16 Jun 2021 (tarikh Malaysia) akan diadakan perlawanan bola sepak di antara Thailand dengan Malaysia sempena FIFA World Cup Qatar 2022 & AFC Asian Cup 2023, Preliminary Joint Qualification Round 2.

Oleh itu, dipaparkan setem Thailand yang dikeluarkan pada 18 Januari 1978. Setem tersebut berkenaan 9th World Orchid Conference.