Sunday, January 31, 2010

Muzium Setem Melaka

                    Gambar: Tiket Muzium Setem Melaka              

Tanggal 28 November 2009, jam lebih kurang 11.50 pagi buat pertama kalinya saya telah menjejaki Muzium Setem Melaka, Malaysia. Sungguh gembira!

Bilakah muzium tersebut ditubuhkan?
Muzium tersebut ditubuhkan pada 16 Julai 2006 oleh Kerajaan Negeri Melaka, melalui Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

Di manakah lokasinya?
Jalan Kota, berhampiran Kota A’Farmosa dan Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka.

Berapakah bayaran masuk?
Pada mulanya saya ingat percuma. Rupa-rupanya kena bayar. RM1.00 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak.

Apakah yang menarik?
i. Lokasinya berhampiran Kota A’ Farmosa dan Dataran Pahlawan;
ii. Adanya sebuah kedai menjual setem;
iii. Terdapat beberapa setem yang masih dalam bentuk lembaran dipamerkan mengikut tahun dikeluarkan;
iv. Terdapat setem sumbangan peminat-peminat setem dari dalam dan luar negara dibingkaikan dan dipamerkan;
v. Terdapat pameran bergambar bagaimana pemprosesan setem.

Apakah cadangan untuk membaiki kualiti muzium ini?
i. Kedai menjual setem perlu menjual lebih banyak aneka setem dari dalam dan luar Negara;
ii. Perlu lebih banyak setem dipamerkan;
iii. Pengunjung diberikan satu paket kecil mengandungi setem terpakai Malaysia sebagai cenderamata.