Showing posts with label Setem Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Setem Malaysia. Show all posts

Thursday, November 30, 2023

Jubli Perak Pemerintahan



Saya gembira dengan keluaran setem sempena Jubli Perak Pemerintahan kebawah DYMM Sultan Terengganu. Setem ini dikategorikan sebagai setem kenang-kenangan. Tarikh keluaran pada 28 November 2023.

Wednesday, November 29, 2023

Hari Pos Sedunia 2023



Malaysia telah mengeluarkan 2 keping setem sempena Hari Pos Sedunia pada 9 Oktober 2023. Walau bagaimanapun, setem tersebut dijual pada 17 Oktober 2023.

Saturday, September 16, 2023

Gabungan Sains, Pokok dan Bangunan

Malaysia mengeluarkan setem bertemakan sains, pokok dan bangunan pada 18 Mei 2023. Fokus setem tersebut mengenai pusat penyelidikan di Malaysia. Sebanyak 3 denominasi setem iaitu 30 sen, 70 sen dan RM1.30. 


Secara peribadi, saya gemar setem keluaran kali ini disebabkan bertemakan sains, bersaiz besar 30 mm x 40 mm dan terdapat setem 30 sen.

Saturday, September 2, 2023

Duit Syiling Kesultanan Melayu

Keluaran setem Malaysia kali ini amat istimewa terutama kepada mereka yang berminat dengan sejarah.




Setem duit syiling Kesultanan Melayu memaparkan duit syiling semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (Melaka), Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Mu'adzam Shah II (Kedah) dan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Johor).




Setem berbentuk Lembaran Mini turut dikeluarkan dengan memaparkan duit syiling emas Negeri-negeri Melayu terutamanya di Kelantan yang berimej kijang. Lembaran Mini ini sungguh cantik memandangkan terdapat cetakan timbul berwarna emas. 

Thursday, August 31, 2023

Haiwan Kesayangan Tahun 2023





Pembuka tirai setem Malaysia bagi tahun 2023 bertemakan haiwan kesayangan. Setem tersebut dikeluarkan pada 23 Februari 2023. Setem tersebut bernilai 30 sen, 50 sen dan RM1.30. Terdapat juga Lembaran Mini yang dikeluarkan bernilai RM5.00. 

Saya lebih gemar setem 30 sen yang memaparkan ilustrasi ikan pelaga. Adakah ikan pelaga merupakan haiwan kesayangan saya? Ikan pelaga cantik dipandang namun kucing merupakan haiwan kesayangan saya. Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-66.


Sunday, August 29, 2021

Keindahan Pulau Malaysia

Apabila disebut pulau, kadangkala teringat sitkom klasik Gilligan's Island. Pada 5 Ogos 2021, Malaysia mengeluarkan setem dengan tajuk keluaran "Khazanah Tersembunyi di Malaysia -  Pulau". Terubat kerinduan saya setelah empat bulan Malaysia tidak mengeluarkan setem.



Saya minat setem bertemakan pulau kali ini disebabkan bukan dalam bentuk ilustrasi atau lukisan. Warna setem terang dan menarik sesuai dengan keindahan pulau yang ada khazanah tersembunyi.




Saturday, August 28, 2021

RTM Teman Hidup

RTM "Teman Setia Anda"..... sememangnya RTM telah memberi hiburan dan pengetahuan kepada diri saya sejak kecil hinggalah hari ini. Terima kasih RTM.


Pada 1 April 2021, Malaysia mengeluarkan setem sempena ulang tahun RTM ke-75 tahun. Seronok lihat setem yang dikeluarkan yang menggambarkan alat penyiaran klasik hinggalah teknologi terkini.


 

Saya pernah merasai semua alat penyiaran yang dipaparkan pada setem tersebut. Kenangan paling tidak lupa menonton televisyen yang ada pintu di rumah atuk perempuan. Kenangan zaman kanak-kanak yang masih tersemat. 



Saturday, July 31, 2021

Setem Olimpik Malaysia

31 Julai 2021 Malaysia berjaya mendapat pingat pertama di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Walaupun pingat tersebut merupakan pingat gangsa tetapi amat berharga untuk maruah negara. 



Oleh itu, saya paparkan  dalam blog kali ini setem Jepun dan Malaysia. Setem Jepun tersebut bertemakan bunga dikeluarkan pada 1 Julai 1967. 

Manakala, setem Malaysia yang bertemakan Sukan Olimpik dikeluarkan pada 12 Oktober 1968. Malaysia belum pernah mengeluarkan lagi setem bertemakan Sukan Olimpik selepas tarikh tersebut.

Friday, April 23, 2021

Sekeping Sudah Menggembirakan


Pada awal bulan Mac 2021, saya telah menerima setem-setem definitif Malaysia daripada staf pejabat, untuk kali kedua pada tahun ini. Saya tidak kisah menerima berapa jumlah setem. Satu keping setem pun sudah menggembirakan hati saya.

Saturday, March 27, 2021

Keunggulan Undang-undang



Kegembiraan masih dirasai memiliki Sampul Surat Hari Pertama sempena 125 Tahun Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor. Apatah lagi berjaya mendapat cap pejabat pos 'Johor Bahru'. Keunggulan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor yang masih berkuat kuasa.

Thursday, March 18, 2021

Penternak Lembu Emas


Beberapa ekor lembu telah dibeli. Kalau lembu-lembu tersebut hidup memang seronok disembelih untuk Hari Raya Aidiladha. Namun, hari ini... rasa tidak sabar sangat untuk menempuh bulan Ramadan terlebih dahulu. 

Nampak menarik setem-setem lembu tarikh keluaran pada 18 Mac 2021. Setem mengenai 'Baka Lembu di Malaysia' ini merupakan setem pertama Malaysia untuk cetakan keluaran tahun 2021.

Terdapat empat jenis setem RM1.30 yang dikeluarkan dalam satu lembaran. Namun, saya lebih tertarik dengan Lembaran Mini RM5 bersalut 'emas'. Bersinar-sinar dan pekat salutan 'emas' tersebut. Sekarang ini pula, harga emas sedang murah, terasa sesuai dengan keluaran Lembaran Mini ini. Saya rasa macam menjadi penternak lembu emas hari ini.



Sunday, February 28, 2021

Gembira Dapat Setem

Tak sangka. Pada 24 Februari 2021, ada staf berikan saya setem-setem yang masih bergam pada sampul surat.  Saya gembira. Terima kasih.

Friday, January 29, 2021

Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor

Memang saya tidak sangka langsung bahawa Malaysia mengeluarkan filateli berkenaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor sempena sambutan ulang tahun ke-125. 


Tarikh keluaran asal filateli ini pada 14 September 2020 tetapi telah dipinda beberapa kali dan akhirnya ditetapkan pada 31 Disember 2020. Walau bagaimanapun, tarikh jualan diadakan pada 27 Januari 2021.

Setem kenangan ini dikeluarkan dalam dua bentuk berharga RM1.00 setiap satu. Manakala, Lembaran Mini berharga RM5.00 sekeping.

Terima kasih kepada pihak yang mencetuskan idea sambutan ulang tahun ini dalam bentuk filateli dan pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tahniah! Maka lengkaplah pengeluaran setem atau filateli Malaysia untuk tahun 2020.

 

Thursday, January 28, 2021

Terpukau Pokok Tertinggi

Selamat datang tahun 2021. Sebagai pembuka tirai 2021, saya masih memberi ulasan mengenai setem yang dikeluarkan pada tahun 2020 disebabkan ada keunikan tersendiri setem yang dikeluarkan pada penghujung tahun 2020.

Saya memang nantikan apakah imej dan bentuk setem yang akan dikeluarkan untuk 'Pokok Tropika Tertinggi di Dunia'. Setem tersebut dikeluarkan pada 29 Disember 2020. 

Hanya terdapat satu jenis setem yang dikeluarkan iaitu bernilai RM0.90. Pada pendapat saya setem tersebut bersaiz kecil. Saya kecewa sedikit. Sebelum ini, saya berimaginasi alangkah indah jika setem tersebut bersaiz panjang dan imej bukan berbentuk ilustrasi. 

Walau bagaimanapun, saya terpukau melihat Lembaran Mini bernilai RM8.00 yang bersaiz panjang. Memang tidak sangka. Kalau saya tidak silap, Lembaran Mini tersebut merupakan Lembaran Mini yang paling panjang dikeluarkan di Malaysia. Cuma saya agak terkilan sedikit harga Lembaran Mini tersebut mahal dan tidak sesuai untuk keadaan ekonomi semasa wabak Covid-19.

Keluaran setem kali ini memang berlainan. Sampul Surat Hari Pertama yang dikeluarkan bersaiz besar yang berpadanan dengan saiz Lembaran Mini. Tiada risalah sampul surat. Maklumat mengenai setem tertera di belakang sampul tersebut. Saya lebih gemar jika maklumat setem dicetak pada risalah untuk setiap keluaran setem bagi menunjukkan kelainan keluaran setem Malaysia berbanding dengan negara-negara lain.



Saturday, December 12, 2020

Minggu Setem 2017

Saya rasa rugi jika tidak berkongsi pengalaman yang lepas berkaitan setem memandangkan gambar-gambar kenangan masih ada disimpan. Akibat kesibukan, keletihan mencari rezeki dan tumpuan aktiviti peribadi lain, blog ini saya tidak dapat kemas kini pada akhir tahun 2017 hingga awal tahun 2020.


Pada 10 Disember 2017, saya telah mengunjungi Minggu Setem 2017. Minggu Setem tersebut diadakan di Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur bermula dari 4 Disember 2017 hingga 10 Disember 2017.

Pada mulanya saya bercadang tidak mahu mengunjungi Minggu Setem ini disebabkan faktor ingin berjimat dari perbelanjaan. Walau bagaimanapun, saya menukar perancangan saya. Saya terasa teruja untuk hadir Minggu Setem 2017 disebabkan tema setem Lego merupakan minat saya, ingin lakukan sesuatu yang menggembirakan hati dan baki cuti kerja masih banyak belum digunakan pada tahun tersebut.


Apakah yang menarik perhatian saya pada Minggu Setem 2017?

1. Nasi lemak diberikan secara percuma oleh pihak Pejabat Pos kepada pengunjung. 

2. Pameran basikal posmen.

3. Layanan mesra petugas pos.

Apakah yang perlu diperbaiki untuk Minggu Setem akan datang?

1. Perlu ada kuiz atau meneka jumlah setem dengan menyediakan hadiah menarik.

2. Perlu menjemput sekurang-kurang satu wakil pejabat pos dari negara luar untuk menjual setem (jika tiada lagi penularan penyakit Covid-19).

3. Adakan hadiah berbentuk Sampul Surat Hari Pertama bagi pembelian barangan setem secara harian dalam resit terkumpul melebihi RM100.00 .


Monday, November 30, 2020

Hari Pos Sedunia 2020


Malaysia telah mengeluarkan setem Hari Pos Sedunia pada 9 Oktober 2020. Namun demikian, tarikh jualan setem tersebut pada 5 November 2020. Terdapat tiga bentuk setem yang dikeluarkan bernilai RM1.30 setiap satu. 

Sunday, November 29, 2020

Rukun Negara Semangat Membara

  


Saya amat gembira dan tidak sangka setem mengenai Rukun Negara dikeluarkan. Saya kagum dan menghargai insan yang memberi cetusan idea bagi pengeluran setem ini. Saya masih teringat ketika mengangkat tangan kanan dan berikrar dengan Rukun Negara ketika perhimpunan pagi di sekolah rendah. Penuh semangat!

Setem Rukun Negara ini dikeluarkan pada 18 Ogos 2020. Setem yang dikeluarkan sebanyak lima jenis bernilai RM0.60 sen. Apa yang unik, setiap setem mewakili satu prinsip Rukun Negara. Terdapat juga satu jenis Lembaran Mini bernilai RM5.00.

Semoga pengeluaran setem ini dapat memupuk semangat perpaduan kepada warganegara Malaysia terutama generasi muda.

Friday, July 17, 2020

Bunga Liar Musim PKPP


Setem Bunga Liar Siri III dikeluarkan pada 9 Julai 2020. Terdapat tiga bentuk setem dikeluarkan iaitu bernilai 60 sen, RM1.30 dan RM1.50. Lembaran Mini bernilai RM5.00 turut ada dikeluarkan.

Ini merupakan setem kedua dikeluarkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PPKP) diadakan bagi membendung wabak Covid-19.

Pada pendapat peribadi saya, setem keluaran kali ini boleh dikategorikan menarik. Cuma kadang-kala saya teringin imej setem bunga yang sebenar dan bukan berbentuk ilustrasi atau lukisan.

Tuesday, June 30, 2020

Hidupan Marin Ikonik



Setem bertemakan Hidupan Marin Ikonik merupakan setem yang pertama dikeluarkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan wabak Covid-19 di Malaysia. Setem definitif ini dikeluarkan pada 18 Jun 2020. Kali terakhir Malaysia mengeluarkan setem (tidak termasuk "Setemku" atau setem personal) pada 6 Februari 2020 berkaitan seni khat. 

Kebiasaannya Malaysia mengeluarkan setem baharu sama ada setem khas, setem kenang-kenangan atau setem definitif hampir pada setiap bulan. Ketiadaan keluaran setem tersebut selama empat bulan berturut-turut menimbulkan rasa sedikit kelegaan bagi diri saya disebabkan boleh menjimatkan wang dan apa yang penting boleh menjaga aspek kesihatan tanpa perlu bersesak di pejabat pos. 

Terdapat beberapa keluaran "Setemku" dalam tempoh empat bulan tersebut. Dukacita dimaklumkan, "Setemku" kurang digemari saya disebabkan harganya yang agak mahal.

Monday, June 29, 2020

Carta Setem Malaysia Tahun 2019


Carta Setem Malaysia Tahun 2019

Apakah setem Malaysia yang saya minati bagi tahun 2019?

5 Setem Set Lengkap Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)


Setem Set Lengkap Terbaik

1. Lebah Madu di Malaysia
2. Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
3. Gua di Malaysia
4. Asam
5. Seni Ukiran & Kraf

10 Setem Individu Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)



1. Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI – 80 sen
2. ASEAN POST – Baju Kebangsaan Malaysia – 60 sen
3. Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI – 60 sen
4. Lebah Tualang – 60 sen
5. Lebah Kampung – 60 sen
6. Lebah Kerdil Hitam – 60 sen
7. Asam Embang – 60 sen
8. Lipan Gua & Gua Kelam, Perlis – 60 sen
9. Burung Layang-layang Sarang Hitam & Gua Gomantong, Sabah – 60 sen
10. Asam Kandis – 60 sen

5
Setem Lembaran Mini Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Konservasi Hidupan Liar – Harimau Malaya – RM5
2. Konservasi Hidupan Liar – Badak Sumatera – RM5
3. Gua di Malaysia – RM5
4. Destinasi Pelancongan Melaka & Sarawak – RM2 dan RM2
5. Asam Jawa – RM3

5 Sampul Surat Hari Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Gua di Malaysia
2. Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
3. 150 Tahun Setem Sarawak
4. Asam
5. Konservasi Hidupan Liar


Sampul Surat Kenangan/ Peringatan Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

Tiada

5 Cap Sampul Surat Hari Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI
2. 150 Tahun Setem Sarawak
3. ASEAN POST – Baju Kebangsaan
4. Asam
5. Seni Ukiran & Kraf


Cap Sampul Surat Kenangan/ Peringatan Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

Tiada


5 Risalah Sampul Surat Hari Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
2. Gua di Malaysia
3. Konservasi Hidupan Liar
4. Asam
5. Lebah Madu di Malaysia