Hari ini saya paparkan lagi setem New Zealand. Setem ini dikeluarkan pada tahun 1960. Saya masih ingat lagi semasa zaman kanak-kanak suka melihat setem New Zealand yang bersaiz kecil tapi menarik. Setem New Zealand merupakan salah satu koleksi yang mula memberi impak terhadap minat saya untuk mengumpul setem sehingga kini.
Setem Stamp
e-mel / e-mail : setemstamp@yahoo.com
Sunday, September 26, 2021
Saturday, September 25, 2021
New Zealand Kembali Menghantui
Saya berfikir setem dari negara mana yang hendak dipaparkan dalam blog ini. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk mengambil secara rawak album setem di rak kabinet. Meraba-rabakan tangan saya pada album-album setem. Akhirnya tangan saya menyentuh album setem New Zealand! Menjadi kebetulan ibu saya menyebut negara tersebut semasa menonton rancangan dokumentari pada malam semalam.
Setem yang dipaparkan kali ini bertemakan 'orang terkenal' iaitu Prince Charles. Setem tersebut dikeluarkan pada 1 Oktober 1952. Saya tidak perasan ada setem menarik tersebut. Mungkin sebab sudah lama tidak membelek album setem New Zealand. Saya rasa gembira memiliki setem tersebut.
Sunday, August 29, 2021
Keindahan Pulau Malaysia
Saturday, August 28, 2021
RTM Teman Hidup
RTM "Teman Setia Anda"..... sememangnya RTM telah memberi hiburan dan pengetahuan kepada diri saya sejak kecil hinggalah hari ini. Terima kasih RTM.
Pada 1 April 2021, Malaysia mengeluarkan setem sempena ulang tahun RTM ke-75 tahun. Seronok lihat setem yang dikeluarkan yang menggambarkan alat penyiaran klasik hinggalah teknologi terkini.
Saya pernah merasai semua alat penyiaran yang dipaparkan pada setem tersebut. Kenangan paling tidak lupa menonton televisyen yang ada pintu di rumah atuk perempuan. Kenangan zaman kanak-kanak yang masih tersemat.
Saturday, July 31, 2021
Setem Olimpik Malaysia
Friday, July 30, 2021
Sempena Olimpik 2020
Sunday, June 20, 2021
Menggamit Kenangan India
Sunday, June 13, 2021
Orkid Bola Thailand
Pada 15 Jun 2021 (tarikh UAE) atau 16 Jun 2021 (tarikh Malaysia) akan diadakan perlawanan bola sepak di antara Thailand dengan Malaysia sempena FIFA World Cup Qatar 2022 & AFC Asian Cup 2023, Preliminary Joint Qualification Round 2.
Oleh itu, dipaparkan setem Thailand yang dikeluarkan pada 18 Januari 1978. Setem tersebut berkenaan 9th World Orchid Conference.
Sunday, May 30, 2021
Akibat Bola Bahrain
Tarikh 29 Mei 2021 merupakan penantianku. Inilah kali pertama perlawanan persahabatan bola sepak yang melibatkan pasukan Malaysia diadakan sejak wabak Covid-19 melanda tahun lepas. Keterujaan bertambah dengan adanya siaran langsung di televisyen. Perlawanan tersebut berlangsung pada waktu malam, 28 Mei 2021 di Bahrain.
Apabila teringat Bahrain, terus diriku teringat setem negara tersebut. Walaupun keputusan tersebut memihak Bahrain selaku tuan rumah iaitu 2 - 0, tidak mematahkan semangatku untuk membuka album koleksi setem negara tersebut.
Lembaran Mini Bahrain yang dipaparkan dikeluarkan pada tahun 2002. Lembaran Mini tersebut dikeluarkan sempena Piala Dunia 2002 atau 'World Cup 2002' yang ketika itu Korea dan Jepun menjadi tuan rumah bagi temasya terbesar sukan bola sepak.
Saturday, May 29, 2021
Pelawat Kanada Naik
Dalam masa 45 hari bermula 15 April 2021 hingga 29 Mei 2021, didapati terdapat 29 pelawat dari negara Kanada telah mengunjungi blog ini. Berdasarkan carta Visitors Flag Counter, pelawat Kanada telah naik sebanyak 5 anak tangga dari nombor 13 dan kini berada di nombor 8.
Sebagai tanda ucapan terima kasih, dipaparkan sekali lagi setem Kanada yang berada dalam koleksi album saya. Setem 'Eskimo Hunter' tersebut dikeluarkan pada 21 Februari 1955. Jarang perolehi tema sebegitu. Sememangnya tema dan imej setem tersebut menarik.