Gambar: Setem Republik Dominica
Tuesday, May 29, 2012
Setem Republik Dominica
Wednesday, May 16, 2012
Setem Arab Saudi
Syukur. Pada mulanya saya reda
sekiranya tidak dapat mencari pejabat pos di Mekah. Namun, Tuhan Maha Kuasa,
sehari sebelum balik ke Malaysia ,
bas yang saya naiki untuk menuju ke ladang unta melalui sebuah pejabat pos!
Bangunan pejabat pos tersebut terletak di jalan lama ke Jeddah. Saya dapati
pejabat pos tersebut tidak begitu jauh dari hotel penginapan saya, Hotel Raihanah
Mawaddah (2).
Gambar: Sebahagian setem-setem Arab Saudi dibeli di Mekah
Pada keesokan harinya iaitu pada pagi
12 Mac 2012, setelah memaklumkan kepada ibu saya, saya bertekad cuba berjalan
kaki seorang diri untuk mencari pejabat pos tersebut. Rasa seronok berjalan di
Mekah ini. Dapat melihat pemandangan lebih jelas, merasai angin sepoi-sepoi
bahasa menyinggahi wajah saya dan mengenali lebih dekat kedudukan bandar Mekah.
Perjalanan sedikit mencabar apabila
tiba di satu laluan sempit pejalan kaki dan membukit. Di sebelah laluan pejalan
kaki tersebut merupakan jalan besar yang sibuk dengan kenderaan. Penat mula
terasa dan peluh mula membasahi. Saya hampir putus asa mencari pejabat pos
tersebut. Pejabat pos masih tidak kelihatan. Saya rasakan telah berjalan jauh
daripada kedudukan pejabat pos yang sebenarnya.
Teringat pesan ibu, segan
bertanya sesat jalan. Oleh itu, saya mula bertanya kepada seorang peniaga di
kedai gambar. Beliau menyatakan pejabat pos tersebut berada di deretan kedainya
sebelah kiri. Ini bermaksud saya telah terbabas! Saya berpatah balik
sebagaimana yang ditunjukkan oleh peniaga tadi. Saya hairan kenapa saya tidak
nampak pejabat pos tersebut. Bagi kepastian, saya bertanya pula peniaga di
kedai farmasi. Peniaga ini pula memaklumkan pejabat pos hanya berada 2 atau 3
bangunan dari kedainya. Saya bertambah hairan tetapi saya masih tidak nampak.
Namun, saya berjalan perlahan-lahan menuju ke arah yang dinyatakan.
Syukur. Rupa-rupanya saya telah
pun melalui depan pejabat pos tersebut. Saya telah terlajak lebih kurang 120
meter atau 1 blok bangunan di jalan tersebut. Saya perasan bangunan tersebut
tetapi tidak menyangka pejabat pos disebabkan saiz bangunannya kecil dan tidak
tinggi berbanding bangunan lain di sekitarnya. Semasa saya dalam bas semalam,
saya nampak bangunannya macam tinggi.
Terdapat 2 orang petugas di
pejabat pos tersebut yang melayan baik saya untuk membeli setem. Petugas di
pejabat pos tersebut ada menyatakan ada menyediakan gam tetapi saya tidak
nampak. Saya hendak bertanya lanjut kepada petugasnya tetapi nampak sedang
sibuk. Nasib baik air botol mineral saya ada beberapa titik air untuk menampal
setem pada poskad. Sekiranya hendak pos sekeping poskad ke Malaysia atau Sweden , kadar setemnya sama iaitu 3SR (Riyal).
Gambar: Pandangan hadapan Saudi Post, Mekah
Gambar: Pandangan hadapan Saudi Post, Mekah
Saya dapati masa yang diambil untuk berjalan kaki dari
Hotel Raihanah Mawaddah (2) ke pejabat pos lebih kurang 30 minit. Tetapi jika
berjalan kaki dari pejabat pos ke Masjidil Haram lebih kurang 15 minit sahaja.
Oleh itu, kedudukan Masjidil Haram terletak lebih kurang di tengah perjalanan
antara pejabat pos dan Hotel Raihanah Mawaddah (2).
Subscribe to:
Posts (Atom)