Gambar: Setem-setem Dibeli di Hong Kong
Terdapat banyak kenangan manis yang ada kaitan antara saya dengan setem sepanjang tahun 2013. Saya senaraikan top 10 kenangan manis tersebut seperti berikut:
1. Mengunjungi Pejabat Pos
Peak, Hong Kong pada 26.10.2013.
2. Mengunjungi Pameran Setem
TRI-NATION di Kompleks Daya Bumi Kuala Lumpur pada 24.8.2013.
3. Menerima sekeping
Lembaran Mini Keluaran Bersama (Joint
Issue) Singapura dan Mesir dan sebuah buku berkenaan setem dan mata wang
sempena hadiah hari lahir.
4. Menerima surat dan
setem atas kertas untuk kali kedua daripada kenalan Jerman pada Januari 2013.
5. Membeli setem di kaunter
lobi Harbour Plaza Resort City (Tower 1), Hong Kong pada 25.10.2013.
6. Membeli setem di Terminal
1, Lapangan terbang Antarabangsa Hong Kong pada 28.10.2013.
7. Blog ini diulas oleh
wartawan dalam surat khabar Kosmo! bertarikh 7.12.2013.
8. Dapat membeli Lembaran
Mini Rumah Api di Malaysia Siri 2 (Cetakan Semula) pada 24.8.2013.
9. Mendapatkan
tandatangan pereka setem Pameran Setem TRI-NATION pada 24.8.2013.
10. Menerima sampul surat bersetem yang diposkan
oleh pemandu pelancong Cik Lisa, Shenzhen, China.
_________________________________________________________________