Tarikh 29 Mei 2021 merupakan penantianku. Inilah kali pertama perlawanan persahabatan bola sepak yang melibatkan pasukan Malaysia diadakan sejak wabak Covid-19 melanda tahun lepas. Keterujaan bertambah dengan adanya siaran langsung di televisyen. Perlawanan tersebut berlangsung pada waktu malam, 28 Mei 2021 di Bahrain.
Apabila teringat Bahrain, terus diriku teringat setem negara tersebut. Walaupun keputusan tersebut memihak Bahrain selaku tuan rumah iaitu 2 - 0, tidak mematahkan semangatku untuk membuka album koleksi setem negara tersebut.
Lembaran Mini Bahrain yang dipaparkan dikeluarkan pada tahun 2002. Lembaran Mini tersebut dikeluarkan sempena Piala Dunia 2002 atau 'World Cup 2002' yang ketika itu Korea dan Jepun menjadi tuan rumah bagi temasya terbesar sukan bola sepak.