Friday, April 30, 2021

Sayang Setem Kanada


Dalam tempoh sebulan kebelakangan ini, saya mendapati blog ini sering dilayari oleh pelawat dari Kanada. Sebagai menghargainya, dipaparkan sekeping setem Kanada untuk tatapan semua.

Setem tersebut memaparkan 'Sugar Maple' dikeluarkan pada 8 Ogos 1977.

Setem tersebut menjadi koleksi kesayangan walaupun kelihatan tidak sempurna. Kenapakah menjadi koleksi kesayangan? Setem tersebut telah disimpan lama sejak zaman kanak-kanak dan merupakan antara setem yang paling awal dimiliki. Saya masih ingat..... saya amat tertarik dengan imej daun tersebut ketika itu yang mendorong untuk terus mengumpul setem.


Friday, April 23, 2021

Sekeping Sudah Menggembirakan


Pada awal bulan Mac 2021, saya telah menerima setem-setem definitif Malaysia daripada staf pejabat, untuk kali kedua pada tahun ini. Saya tidak kisah menerima berapa jumlah setem. Satu keping setem pun sudah menggembirakan hati saya.

Saturday, March 27, 2021

Keunggulan Undang-undang



Kegembiraan masih dirasai memiliki Sampul Surat Hari Pertama sempena 125 Tahun Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor. Apatah lagi berjaya mendapat cap pejabat pos 'Johor Bahru'. Keunggulan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor yang masih berkuat kuasa.

Thursday, March 18, 2021

Penternak Lembu Emas


Beberapa ekor lembu telah dibeli. Kalau lembu-lembu tersebut hidup memang seronok disembelih untuk Hari Raya Aidiladha. Namun, hari ini... rasa tidak sabar sangat untuk menempuh bulan Ramadan terlebih dahulu. 

Nampak menarik setem-setem lembu tarikh keluaran pada 18 Mac 2021. Setem mengenai 'Baka Lembu di Malaysia' ini merupakan setem pertama Malaysia untuk cetakan keluaran tahun 2021.

Terdapat empat jenis setem RM1.30 yang dikeluarkan dalam satu lembaran. Namun, saya lebih tertarik dengan Lembaran Mini RM5 bersalut 'emas'. Bersinar-sinar dan pekat salutan 'emas' tersebut. Sekarang ini pula, harga emas sedang murah, terasa sesuai dengan keluaran Lembaran Mini ini. Saya rasa macam menjadi penternak lembu emas hari ini.



Sunday, February 28, 2021

Gembira Dapat Setem

Tak sangka. Pada 24 Februari 2021, ada staf berikan saya setem-setem yang masih bergam pada sampul surat.  Saya gembira. Terima kasih.

Friday, February 26, 2021

Carta Setem Malaysia Tahun 2020

Carta Setem Malaysia Tahun 2020

Apakah setem Malaysia yang saya minati bagi tahun 2020?


5 Setem Set Lengkap Terbaik

(Berdasarkan pandangan peribadi saya)


1. 125 Tahun Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor

2. Lima Puluh Tahun RUKUN NEGARA 1970 - 2020

3. Bangunan Ikonik Putrajaya

4. Pokok Tropika Tertinggi di Dunia

5. Hari Malaysia 16 September 1963


10 Setem Individu Terbaik

(Berdasarkan pandangan peribadi saya)


1. DYMM Sultan Sir Abu Bakar, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 – RM1

2. Kesetiaan kepada Raja & Negara – 60 sen

3. Kedaulatan Undang-undang – 60 sen

4. Jambatan Seri Gemilang – RM1.30

5. Pengisytiharan Pembentukan Malaysia 1963 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur – RM1.30

6. Lumba-lumba Putih – RM1.40

7. Senduduk – 60 sen

8. Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1875 – RM1

9. Kepercayaan kepada Tuhan – 60 sen

10. Keluhuran Perlembagaan – 60 sen


5 Setem Lembaran Mini Terbaik

(Berdasarkan pandangan peribadi saya)


1. Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1985 – RM5

2. Lima Puluh Tahun RUKUN NEGARA 1970 - 2020 – RM5

3. MENARA 100.8 M, Pokok Tropika Tertinggi di Dunia (Sabah) – RM8

4. Hidupan Marin Ikonik - Penyu Karah – RM5

5. Bunga-bunga Liar Siri III - Simpoh Air – RM5


5 Sampul Surat Hari Pertama Terbaik

(Berdasarkan pandangan peribadi saya)


1. 125 Tahun Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor

2. Lima Puluh Tahun RUKUN NEGARA 1970 - 2020

3. Pokok Tropika Tertinggi di Dunia

4. Hari Malaysia 16 September 1963

5. Bunga-bunga Liar Siri III



Sampul Surat Kenangan/ Peringatan Terbaik

(Berdasarkan pandangan peribadi saya)


Tiada


5 Cap Sampul Surat Hari Pertama Terbaik

(Berdasarkan pandangan peribadi saya)


1. 125 Tahun Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895

2. Bangunan Ikonik Putrajaya

3. Pokok Tropika Tertinggi di Dunia

4. Siri Definitif Kebangsaan - Hidupan Marin Ikonik

5. Bunga-bunga Liar Siri III



Cap Sampul Surat Kenangan/ Peringatan Terbaik

(Berdasarkan pandangan peribadi saya)


Tiada



5 Risalah Sampul Surat Hari Pertama Terbaik

(Berdasarkan pandangan peribadi saya)


1. Hari Malaysia 16 September 1963

2. 125 Tahun Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor

3. Siri Definitif Kebangsaan - Hidupan Marin Ikonik

4. Lima Puluh Tahun RUKUN NEGARA 1970 - 2020

5. Bunga-bunga Liar Siri III

Friday, January 29, 2021

Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor

Memang saya tidak sangka langsung bahawa Malaysia mengeluarkan filateli berkenaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor sempena sambutan ulang tahun ke-125. 


Tarikh keluaran asal filateli ini pada 14 September 2020 tetapi telah dipinda beberapa kali dan akhirnya ditetapkan pada 31 Disember 2020. Walau bagaimanapun, tarikh jualan diadakan pada 27 Januari 2021.

Setem kenangan ini dikeluarkan dalam dua bentuk berharga RM1.00 setiap satu. Manakala, Lembaran Mini berharga RM5.00 sekeping.

Terima kasih kepada pihak yang mencetuskan idea sambutan ulang tahun ini dalam bentuk filateli dan pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tahniah! Maka lengkaplah pengeluaran setem atau filateli Malaysia untuk tahun 2020.

 

Thursday, January 28, 2021

Terpukau Pokok Tertinggi

Selamat datang tahun 2021. Sebagai pembuka tirai 2021, saya masih memberi ulasan mengenai setem yang dikeluarkan pada tahun 2020 disebabkan ada keunikan tersendiri setem yang dikeluarkan pada penghujung tahun 2020.

Saya memang nantikan apakah imej dan bentuk setem yang akan dikeluarkan untuk 'Pokok Tropika Tertinggi di Dunia'. Setem tersebut dikeluarkan pada 29 Disember 2020. 

Hanya terdapat satu jenis setem yang dikeluarkan iaitu bernilai RM0.90. Pada pendapat saya setem tersebut bersaiz kecil. Saya kecewa sedikit. Sebelum ini, saya berimaginasi alangkah indah jika setem tersebut bersaiz panjang dan imej bukan berbentuk ilustrasi. 

Walau bagaimanapun, saya terpukau melihat Lembaran Mini bernilai RM8.00 yang bersaiz panjang. Memang tidak sangka. Kalau saya tidak silap, Lembaran Mini tersebut merupakan Lembaran Mini yang paling panjang dikeluarkan di Malaysia. Cuma saya agak terkilan sedikit harga Lembaran Mini tersebut mahal dan tidak sesuai untuk keadaan ekonomi semasa wabak Covid-19.

Keluaran setem kali ini memang berlainan. Sampul Surat Hari Pertama yang dikeluarkan bersaiz besar yang berpadanan dengan saiz Lembaran Mini. Tiada risalah sampul surat. Maklumat mengenai setem tertera di belakang sampul tersebut. Saya lebih gemar jika maklumat setem dicetak pada risalah untuk setiap keluaran setem bagi menunjukkan kelainan keluaran setem Malaysia berbanding dengan negara-negara lain.



Wednesday, December 30, 2020

Setem Nauru Sukar Dimiliki



Mungkin ada tertanya-tanya bagaimana atau di mana saya mendapat setem dari negara Nauru. Saya memperolehi setem tersebut pada 3 Ogos 2019 ketika mengunjungi pameran setem antarabangsa iaitu 36th ASEAN International Stamp Exhibition yang diadakan di Singapura. Kalau ada kelapangan, saya akan kongsikan pengalaman dan gambar-gambar ketika mengunjungi pameran tersebut.

Saturday, December 12, 2020

Minggu Setem 2017

Saya rasa rugi jika tidak berkongsi pengalaman yang lepas berkaitan setem memandangkan gambar-gambar kenangan masih ada disimpan. Akibat kesibukan, keletihan mencari rezeki dan tumpuan aktiviti peribadi lain, blog ini saya tidak dapat kemas kini pada akhir tahun 2017 hingga awal tahun 2020.


Pada 10 Disember 2017, saya telah mengunjungi Minggu Setem 2017. Minggu Setem tersebut diadakan di Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur bermula dari 4 Disember 2017 hingga 10 Disember 2017.

Pada mulanya saya bercadang tidak mahu mengunjungi Minggu Setem ini disebabkan faktor ingin berjimat dari perbelanjaan. Walau bagaimanapun, saya menukar perancangan saya. Saya terasa teruja untuk hadir Minggu Setem 2017 disebabkan tema setem Lego merupakan minat saya, ingin lakukan sesuatu yang menggembirakan hati dan baki cuti kerja masih banyak belum digunakan pada tahun tersebut.


Apakah yang menarik perhatian saya pada Minggu Setem 2017?

1. Nasi lemak diberikan secara percuma oleh pihak Pejabat Pos kepada pengunjung. 

2. Pameran basikal posmen.

3. Layanan mesra petugas pos.

Apakah yang perlu diperbaiki untuk Minggu Setem akan datang?

1. Perlu ada kuiz atau meneka jumlah setem dengan menyediakan hadiah menarik.

2. Perlu menjemput sekurang-kurang satu wakil pejabat pos dari negara luar untuk menjual setem (jika tiada lagi penularan penyakit Covid-19).

3. Adakan hadiah berbentuk Sampul Surat Hari Pertama bagi pembelian barangan setem secara harian dalam resit terkumpul melebihi RM100.00 .