Friday, August 12, 2022

8 Kucing Dari Edinburgh

Lapan kucing kesemuanya diterima dari Edinburgh pada 11 Ogos 2022. Kucing-kucing tersebut dalam bentuk setem dan poskad. 

Filateli bertemakan kucing keluaran Great Britain ini dikeluarkan pada 9 Jun 2022. Saya sungguh gembira melihat setem dan poskad tersebut yang bukan dalam bentuk ilustrasi. Cantik dan terasa geram melihat kucing-kucing tersebut dalam pelbagai aksi. 


Untuk peminat poskad, saya terbalikkan sekeping poskad untuk tatapan semua bagi melihat reka bentuk bahagian belakang.

Saya amat berharap Malaysia dapat  mengeluarkan setem tema kucing sebegini. Saya juga berharap jika Malaysia mengeluarkan setem dan poskad untuk apa-apa tema, imej yang dipaparkan dalam setem perlulah sama seperti dalam poskad. Puas melihat  imej setem yang besar dalam bentuk poskad.