Gambar: Sebahagian koleksi setem telah lalui proses pengasingan dari sampul surat
Dalam bulan Disember 2009 hingga Mei 2010, saya telah menerima lebih kurang 250 keping setem kenangan Malaysia yang masih dilekatkan pada sampul surat. Manakala, pada bulan Jun 2010 saya tidak merekodkannya. Pada bulan Julai 2010 hingga Disember 2010 saya menerima lebih kurang sebanyak 279 keping setem kenangan dan personal.Oleh itu, anggaran jumlah keseluruhan pada tahun 2010, lebih kurang sebanyak 500 keping setem Malaysia jenis kenangan dan personal telah diterima.

Sebahagian setem-setem tersebut menjadi koleksi peribadi saya dan sebahagian lagi setem digunakan untuk bertukar-tukar setem dengan semua kenalan di dunia.
Bagaimana pula setem kenangan Malaysia yang masih dilekatkan pada sampul surat
bagi tahun 2011 dan tahun 2012? Harap jangan terkejut. Saya masih belum menyemak lagi.