Pada bulan Oktober 2012, blog ini telah dilayari oleh pelawat dari negara-negara seperti berikut:
i. Arab Saudi pada 17.10.21012
Saya ada kenalan dari negara ini tetapi tidak sampai berutus surat. Berkenalan dalam kapal terbang.
ii. Sri Lanka pada 21.10.2012
Teringin pula mengetahui perkembangan kenalan saya yang pernah bertukar-tukar setem beberapa tahun lepas.
iii. Mexico pada 26.10.2012
Saya masih tiada mempunyai kenalan dari negara ini. Sudah lama saya menanti mana-mana pelawat dari negara ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada pelawat ketiga-tiga negara tersebut. Kalau hendak bertukar-tukar setem atau berkongsi pengalaman, hubungi menerusi e-mel saya.