Setelah lebih setahun menunggu, akhirnya tiba masanya mengunjungi Pameran Setem Dunia Singapura 2015 (Singapore 2015 World Stamp Exhibition). Pameran ini telah diadakan bermula 14 Ogos 2015 hingga 19 Ogos 2015 di Sands Expo & Convention Center, Singapura. Saya telah memilih tarikh 15 Ogos 2015 untuk mengunjungi pameran tersebut.
Gambar: Pintu Masuk
Agak penat juga menapak untuk tuju ke pameran tersebut. Stesen MRT yang saya turun memerlukan masa berjalan kaki lebih kurang 15 minit. Semasa tiba di stesen tersebut, tiada menunjukkan sebarang tanda arah untuk menuju pameran tersebut. Apabila tiba di level pameran, terdapat satu papan tanda tetapi amat mengelirukan sebab menunjukkan arah yang bertentangan. Saya terpaksa bertanya dengan petugasdi Pusat Konvensyen yang berdiri berhampiran papan tanda tersebut yang saya percaya beliau ditugaskan untuk program lain.
Top 5 Gerai Menjual
Setem Menarik (berdasarkan pendapat peribadi saya)
1. Pos Malaysia
2. Tahiti – French Polynesia
3. Australia Post
4. New Zealand Post
5. Brunei Post
2. New Zealand Post
3. Brunei Post
4. Tajikistan/ Kyrgystan
5. Tahiti – French Polynesia
T op 5 Gerai Jualan
Menarik (berdasarkan pendapat peribadi saya)
1. Tahiti – French
Polynesia
2. Japan Post, Liechtenstein Post, Portugal Post
3. PHLPOST (Philippine Postal Corporation)
4. Australia Post
5. New Zealand Post
Gambar: Dokumen Filateli Percuma Bernilai
Terdapat beberapa perkara yang menarik perhatian saya di Pameran Setem Dunia Singapura ini. Antaranya, seperti yang berikut:
1. Gerai Stanley Gibbons memberikan buku mini setem katalog Singapura dan majalah berkaitan filateli.
2. Gerai Emriyah Arab Bersatu memberikan risalah percuma mengenai setem atau lembaran mini keluaran negara tersebut (semasa Pameran Setem Remaja Dunia 2014, tiada kelihatan diberikan risalah tersebut).
3. Gerai Macao Post turut memberikan risalah percuma mengenai setem atau lembaran mini keluaran negara Macau.
4. Gerai Prestige Label Pte Ltd telah memberikan pelekat dan penanda buku percuma yang memaparkan maskot pameran setem ini (terpulang kepada pengunjung hendak mengambil seberapa banyak).
Gambar: Cenderamata Gerai Prestige Label Pte Ltd
Terima kasih kepada pihak penganjur, semua gerai jualan dan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Pameran Setem Sedunia Singapura 2015. Anda memeriahkan dunia setem saya.
Gambar: Koleksi Filateli Dibeli
Agak penat juga menapak untuk tuju ke pameran tersebut. Stesen MRT yang saya turun memerlukan masa berjalan kaki lebih kurang 15 minit. Semasa tiba di stesen tersebut, tiada menunjukkan sebarang tanda arah untuk menuju pameran tersebut. Apabila tiba di level pameran, terdapat satu papan tanda tetapi amat mengelirukan sebab menunjukkan arah yang bertentangan. Saya terpaksa bertanya dengan petugasdi Pusat Konvensyen yang berdiri berhampiran papan tanda tersebut yang saya percaya beliau ditugaskan untuk program lain.
Saya berasa lega sebab
sudah daftar masuk awal di laman web pameran tersebut beberapa hari yang lepas.
Oleh itu, mudah untuk mendapatkan pelekat masuk pameran. Saya agak terkejut
sedikit apabila mengambil pelekat tersebut. Saya tidak mendapat apa-apa yang
menarik perhatian seperti buku pasport setem yang ada diberikan semasa Minggu
Setem dan Pameran Setem Remaja Dunia 2014 di Kuala Lumpur, Malaysia.
Gambar: Gerai Jualan Stanley Gibbons
Apabila memasuki dewan
pameran tersebut, saya terus mencari gerai jualan Stanley Gibbons. Harga buku katalog
setem yang dijual agak mahal walaupun telah diberi diskaun. Saya fikir tentu
lebih murah kalau beli terus di London. Namun, saya tetap membeli dua (2) buku
katalog setem memandangkan saya sudah berada di situ. Tambahan pula,
kemungkinan besar saya tidak dapat mengunjungi Stanley Gibbons London bulan
September depan akibat masa lawatan terhad.
Saya perhatikan
terdapat pengunjung yang memegang kad besar. Saya bertanya kepada pengunjung
mengenai tempat untuk mendapatkan kad tersebut. Rupanya kad tersebut boleh
didapati di kaunter pendaftaran. Saya terpaksa keluar semula dewan pameran
untuk ke kaunter tersebut. Rupa-rupanya kad itulah Pasport Filateli! Namun, pasport tersebut perlu dibayar kalau tidak silap
saya dengan harga SD$2.00. Kenapalah perlu bayar? Sepatutnya berilah sebagai
cenderamata kepada pengunjung untuk memasuki pameran tersebut.
Gambar: Philatelic Passport Singapore 2015 World Stamp Exhibition
Apakah Pasport Filateli? Mungkin ada di kalangan peminat setem yang masih tiada ketahui. Pasport tersebut bertujuan untuk menampal setem-setem negara yang terlibat menyertai pameran setem. Selepas ditampal, setem akan dicap tarikh kunjungan di gerai yang menjual setem tersebut.

Sebagaimana saya sudah
jangka, setem-setem yang dijual harganya lebih mahal berbanding semasa Pameran
Setem Remaja Dunia 2014. Antara mungkin sebabnya perbezaan nilai mata wang di
antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Singapore
Dollar (SD). SD$1.00 bersamaan lebih kurang RM3.00.
Ketika Pameran Setem
Remaja Dunia 2014, harga sekeping setem yang dijual untuk ditampal pada buku
pasport setem majoriti berharga RM1.00. Namun, harga sekeping setem untuk
ditampal pada Pasport Filateli kali ini, majoriti dijual
dengan harga SD$1.00. Oleh itu, saya
tidak banyak membeli setem yang dijual dengan harga SD$1.00. Akhirnya, saya
tidak menggunakan Pasport Filateli itu. Disimpan untuk kenangan.
Gambar: Gerai Jualan Brunei Post
Gambar: Gerai Jualan Brunei Post
Antara gerai jualan
yang saya telah kunjungi seperti yang berikut:
Bil.
|
Gerai
Jualan
|
Pendapat
Saya
|
1.
|
Brunei Post
|
Setem amat menarik.
Harga berpatutan
|
2.
|
Tajikistan/ Kyrgystan
|
Setem menarik dan
sukar didapati. Harga berpatutan.
|
3.
|
Qatar
|
Setem menarik. Harga
setem lebih murah semasa Pameran Setem Remaja Dunia 2014 di Kuala Lumpur. Saya
tidak teruja membeli sebab sudah membeli semasa Pameran Setem Remaja Dunia
2014.
|
4.
|
Oman
|
Setem menarik. Harga
setem lebih murah semasa Pameran Setem Remaja Dunia 2014 di Kuala Lumpur. Saya
tidak teruja membeli sebab sudah membeli semasa Pameran Setem Remaja Dunia
2014.
|
5.
|
New Zealand Post
|
Setem amat menarik. Harga
berpatutan. Layanan baik.
|
6.
|
PHLPOST (Philippine
Postal Corporation)
|
Setem menarik. Harga sedikit
mahal.
|
7.
|
Japan Post,
Liechtenstein Post, Portugal Post
|
Setem menarik. Harga
berpatutan. Gerai jualan menarik.
|
8.
|
Pos Malaysia
|
Setem amat menarik. Harga
sedikit mahal. Gerai jualan tidak menarik. Kekurangan hiasan seperti poster
dan kadang-kala kelihatan seperti ‘gerai kosong’.
|
9.
|
Belarus Post
|
Setem amat menarik
dan sukar didapati. Harga berpatutan.
|
10.
|
German Post
|
Setem amat menarik. Harga berpatutan. Saya lebih gemar jika bertukar-tukar
setem dengan kenalan berbanding membeli setem Jerman.
|
11.
|
CS Philatelic Agency
|
Saya hanya melalui di
hadapan gerai jualan disebabkan sering mengunjungi kedai ini di Peninsula
Shopping Centre, Singapura.
|
12.
|
Prestige Label Pte
Ltd
|
Seronok! Dapat
pelekat dan penanda buku percuma.
|
13.
|
Macao Post
|
Saya kecewa. Lembaran
Mini yang ada hanya untuk dipamerkan sebab sudah habis dijual. Stok akan ada
pada keesokan hari.
|
14.
|
Thailand Post
|
Setem menarik. Harga
sedikit mahal.
|
15.
|
Australia Post
|
Setem amat menarik. Harga
berpatutan. Layanan baik. Teringat Kylie Minogue.
|
16.
|
DPR Korea Post
|
Setem menarik dan sukar
didapati. Harga berpatutan.
|
17.
|
Tahiti – French
Polynesia
|
Setem amat menarik
dan sukar didapati. Harga berpatutan. Hiasan gerai cantik. Disulami dengan
alunan muzik seolah-olah berada di Tahiti!
|
18.
|
Singpost
|
Terlalu ramai orang
beratur panjang untuk membeli setem. Saya mencuci mata sahaja.
|
1. Pos Malaysia
2. Tahiti – French Polynesia
3. Australia Post
4. New Zealand Post
5. Brunei Post
Top 5 Gerai Menjual
Setem Harga Berpatutan (berdasarkan pendapat peribadi saya)
1. Australia Post2. New Zealand Post
3. Brunei Post
4. Tajikistan/ Kyrgystan
5. Tahiti – French Polynesia
2. Japan Post, Liechtenstein Post, Portugal Post
3. PHLPOST (Philippine Postal Corporation)
4. Australia Post
5. New Zealand Post
Terdapat beberapa perkara yang menarik perhatian saya di Pameran Setem Dunia Singapura ini. Antaranya, seperti yang berikut:
1. Gerai Stanley Gibbons memberikan buku mini setem katalog Singapura dan majalah berkaitan filateli.
2. Gerai Emriyah Arab Bersatu memberikan risalah percuma mengenai setem atau lembaran mini keluaran negara tersebut (semasa Pameran Setem Remaja Dunia 2014, tiada kelihatan diberikan risalah tersebut).
3. Gerai Macao Post turut memberikan risalah percuma mengenai setem atau lembaran mini keluaran negara Macau.
4. Gerai Prestige Label Pte Ltd telah memberikan pelekat dan penanda buku percuma yang memaparkan maskot pameran setem ini (terpulang kepada pengunjung hendak mengambil seberapa banyak).
Gambar: Cenderamata Gerai Prestige Label Pte Ltd
Terima kasih kepada pihak penganjur, semua gerai jualan dan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Pameran Setem Sedunia Singapura 2015. Anda memeriahkan dunia setem saya.
Gambar: Koleksi Filateli Dibeli
___________________________________________________________