Mungkin ada tertanya-tanya bagaimana atau di mana saya mendapat setem dari negara Nauru. Saya memperolehi setem tersebut pada 3 Ogos 2019 ketika mengunjungi pameran setem antarabangsa iaitu 36th ASEAN International Stamp Exhibition yang diadakan di Singapura. Kalau ada kelapangan, saya akan kongsikan pengalaman dan gambar-gambar ketika mengunjungi pameran tersebut.
Wednesday, December 30, 2020
Saturday, December 12, 2020
Minggu Setem 2017
Saya rasa rugi jika tidak berkongsi pengalaman yang lepas berkaitan setem memandangkan gambar-gambar kenangan masih ada disimpan. Akibat kesibukan, keletihan mencari rezeki dan tumpuan aktiviti peribadi lain, blog ini saya tidak dapat kemas kini pada akhir tahun 2017 hingga awal tahun 2020.
Pada 10 Disember 2017, saya telah mengunjungi Minggu Setem 2017. Minggu Setem tersebut diadakan di Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur bermula dari 4 Disember 2017 hingga 10 Disember 2017.
Pada mulanya saya bercadang tidak mahu mengunjungi Minggu Setem ini disebabkan faktor ingin berjimat dari perbelanjaan. Walau bagaimanapun, saya menukar perancangan saya. Saya terasa teruja untuk hadir Minggu Setem 2017 disebabkan tema setem Lego merupakan minat saya, ingin lakukan sesuatu yang menggembirakan hati dan baki cuti kerja masih banyak belum digunakan pada tahun tersebut.
Apakah yang menarik perhatian saya pada Minggu Setem 2017?
1. Nasi lemak diberikan secara percuma oleh pihak Pejabat Pos kepada pengunjung.
2. Pameran basikal posmen.
3. Layanan mesra petugas pos.
Apakah yang perlu diperbaiki untuk Minggu Setem akan datang?
1. Perlu ada kuiz atau meneka jumlah setem dengan menyediakan hadiah menarik.
2. Perlu menjemput sekurang-kurang satu wakil pejabat pos dari negara luar untuk menjual setem (jika tiada lagi penularan penyakit Covid-19).
3. Adakan hadiah berbentuk Sampul Surat Hari Pertama bagi pembelian barangan setem secara harian dalam resit terkumpul melebihi RM100.00 .
Monday, November 30, 2020
Hari Pos Sedunia 2020
Malaysia telah mengeluarkan setem Hari Pos Sedunia pada 9 Oktober 2020. Namun demikian, tarikh jualan setem tersebut pada 5 November 2020. Terdapat tiga bentuk setem yang dikeluarkan bernilai RM1.30 setiap satu.
Sunday, November 29, 2020
Rukun Negara Semangat Membara
Saya amat gembira dan tidak sangka setem mengenai Rukun Negara dikeluarkan. Saya kagum dan menghargai insan yang memberi cetusan idea bagi pengeluran setem ini. Saya masih teringat ketika mengangkat tangan kanan dan berikrar dengan Rukun Negara ketika perhimpunan pagi di sekolah rendah. Penuh semangat!
Setem Rukun Negara ini dikeluarkan pada 18 Ogos 2020. Setem yang dikeluarkan sebanyak lima jenis bernilai RM0.60 sen. Apa yang unik, setiap setem mewakili satu prinsip Rukun Negara. Terdapat juga satu jenis Lembaran Mini bernilai RM5.00.
Semoga pengeluaran setem ini dapat memupuk semangat perpaduan kepada warganegara Malaysia terutama generasi muda.
Saturday, October 31, 2020
Seni Bina Arkitek Moden
Saya sangkakan setem Amerika Syarikat ini dikeluarkan pada tahun 1969. Setelah saya merujuk laman web dan katalog setem menyatakan setem ini dikeluarkan pada 30 September 1982. Setem ini memaparkan seni bina residen famili seorang arkitek moden yang bernama Walter Gropius. Bangunan tersebut kini dijadikan muzium.
Friday, October 30, 2020
Pejabat Pos Pulau Pangkor
Pada 31 Ogos 2020, saya telah mengunjungi Pulau Pangkor, Perak. Saya rasa teruja untuk melihat bangunan Pejabat Pos Pulau Pangkor dengan mata sendiri. Sayangnya saya hadir ketika pejabat pos tersebut tutup disebabkan Hari Kemerdekaan Malaysia.
Friday, July 17, 2020
Bunga Liar Musim PKPP
Setem Bunga Liar Siri III dikeluarkan pada 9 Julai 2020. Terdapat tiga bentuk setem dikeluarkan iaitu bernilai 60 sen, RM1.30 dan RM1.50. Lembaran Mini bernilai RM5.00 turut ada dikeluarkan.
Ini merupakan setem kedua dikeluarkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PPKP) diadakan bagi membendung wabak Covid-19.
Pada pendapat peribadi saya, setem keluaran kali ini boleh dikategorikan menarik. Cuma kadang-kala saya teringin imej setem bunga yang sebenar dan bukan berbentuk ilustrasi atau lukisan.

Tuesday, June 30, 2020
Hidupan Marin Ikonik
Setem bertemakan Hidupan Marin Ikonik merupakan setem yang pertama dikeluarkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan wabak Covid-19 di Malaysia. Setem definitif ini dikeluarkan pada 18 Jun 2020. Kali terakhir Malaysia mengeluarkan setem (tidak termasuk "Setemku" atau setem personal) pada 6 Februari 2020 berkaitan seni khat.
Kebiasaannya Malaysia mengeluarkan setem baharu sama ada setem khas, setem kenang-kenangan atau setem definitif hampir pada setiap bulan. Ketiadaan keluaran setem tersebut selama empat bulan berturut-turut menimbulkan rasa sedikit kelegaan bagi diri saya disebabkan boleh menjimatkan wang dan apa yang penting boleh menjaga aspek kesihatan tanpa perlu bersesak di pejabat pos.
Terdapat beberapa keluaran "Setemku" dalam tempoh empat bulan tersebut. Dukacita dimaklumkan, "Setemku" kurang digemari saya disebabkan harganya yang agak mahal.

Monday, June 29, 2020
Carta Setem Malaysia Tahun 2019
Carta Setem Malaysia Tahun 2019
Apakah setem Malaysia yang
saya minati bagi tahun 2019?
5 Setem Set Lengkap Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
5 Setem Set Lengkap Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
Setem Set Lengkap Terbaik |
2. Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
3. Gua di Malaysia
4. Asam
5. Seni Ukiran & Kraf
10 Setem Individu Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI – 80 sen
2. ASEAN POST – Baju Kebangsaan Malaysia – 60 sen
3. Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI – 60 sen
4. Lebah Tualang – 60 sen
5. Lebah Kampung – 60 sen
6. Lebah Kerdil Hitam – 60 sen
7. Asam Embang – 60 sen
8. Lipan Gua & Gua Kelam, Perlis – 60 sen
9. Burung Layang-layang Sarang Hitam & Gua Gomantong, Sabah – 60 sen
10. Asam Kandis – 60 sen
5 Setem Lembaran Mini Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Konservasi Hidupan Liar – Harimau Malaya – RM5
2. Konservasi Hidupan Liar – Badak Sumatera – RM5
3. Gua di Malaysia – RM5
4. Destinasi Pelancongan Melaka & Sarawak – RM2 dan RM2
5. Asam Jawa – RM3
5 Sampul Surat Hari Pertama
Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Gua di Malaysia
2. Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
3. 150 Tahun Setem Sarawak
4. Asam
5. Konservasi Hidupan Liar

Sampul Surat Kenangan/
Peringatan Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
Tiada
5 Cap Sampul Surat Hari
Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI
2. 150 Tahun Setem Sarawak
3. ASEAN POST – Baju Kebangsaan
4. Asam
5. Seni Ukiran & Kraf
2. 150 Tahun Setem Sarawak
3. ASEAN POST – Baju Kebangsaan
4. Asam
5. Seni Ukiran & Kraf
Cap Sampul Surat Kenangan/
Peringatan Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
Tiada
5 Risalah Sampul Surat Hari
Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah Ibni
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
2. Gua di Malaysia
3. Konservasi Hidupan Liar
4. Asam
5. Lebah Madu di Malaysia
2. Gua di Malaysia
3. Konservasi Hidupan Liar
4. Asam
5. Lebah Madu di Malaysia
Monday, May 4, 2020
Carta Setem Malaysia Tahun 2018
Carta Setem Malaysia Tahun 2018
Apakah setem Malaysia yang
saya minati bagi tahun 2018?
5 Setem Set Lengkap Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
5 Setem Set Lengkap Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Perkhidmatan Keretapi Elektrik
2. Limau Malaysia
3. Siri Definitif Negeri – Orkid Liar
4. Siri Definitif – Kelantan – Bunga-bungaan Taman
5. Minggu Setem 2018 – Gaya Hidup Malaysia Siri 2
10 Setem Individu Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Sungai Pahang – 60 sen
2. Gunung Kinabalu, Pulau Sipadan, Burung Jambul & Orang Utan – 80 sen
3. Mengumpul Setem – 60 sen
4. Perkhidmatan Keretapi Elektrik – Stesen Keretapi Kuala Lumpur, Kelas 93 – 60 sen
5. Limau Nipis – 60 sen
6. Bangunan Warisan Lembaga Pelancongan Sabah, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu & Menara Tun Mustapha – 60 sen
7. Perkhidmatan Keretapi Elektrik – Stesen Keretapi Seremban Negeri Sembilan, Kelas 92 – 60 sen
8. Perkhidmatan Keretapi Elektrik – Stesen Keretapi Ipoh Perak, Kelas 91 – 60 sen
9. Bunga Teratai – Kelantan – 10 sen
10. Limau Kasturi – 60 sen
5 Setem Lembaran Mini Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Muzium Telegraf – RM3
2. Siri Definitif Negeri – Orkid Liar – Wilayah Persekutuan– RM1.55
3. Siri Definitif Negeri – Orkid Liar – Johor– RM1.55
4. Tumbuhan Berkhasiat – RM3

Setem Individu Terbaik |

5. Perkhidmatan Keretapi Elektrik – RM6
5 Sampul Surat Hari Pertama
Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Sambutan Hari Kebangsaan 2018
2. Perkhidmatan Keretapi Elektrik
3. Limau Malaysia
4. Siri Definitif Negeri – Orkid Liar
5. Muzium-muzium Bersejarah di Malaysia
2. Perkhidmatan Keretapi Elektrik
3. Limau Malaysia
4. Siri Definitif Negeri – Orkid Liar
5. Muzium-muzium Bersejarah di Malaysia
Sampul Surat Kenangan/
Peringatan Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Pencapaian Malaysia
di Sukan Asia ke-18 Jakarta
– Palembang 2018
5 Cap Sampul Surat Hari
Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Limau Malaysia
2. Alat-alat Muzik Malaysia Siri 2
3. Perkhidmatan Keretapi Elektrik
4. Sumpit
5. Hari Malaysia
2. Alat-alat Muzik Malaysia Siri 2
3. Perkhidmatan Keretapi Elektrik
4. Sumpit
5. Hari Malaysia
Cap Sampul Surat Kenangan/
Peringatan Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Pencapaian Malaysia di Sukan Asia
ke-18
5 Risalah Sampul Surat Hari
Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Struktur Unik
2. Muzium Telegraf
3. Perkhidmatan Keretapi Elektrik
4. Limau Malaysia
5. Tumbuhan Berkhasiat Siri 4
2. Muzium Telegraf
3. Perkhidmatan Keretapi Elektrik
4. Limau Malaysia
5. Tumbuhan Berkhasiat Siri 4
Thursday, April 30, 2020
Carta Setem Malaysia Tahun 2017
Carta Setem Malaysia Tahun 2017
Apakah setem Malaysia
yang saya minati bagi tahun 2017?
5 Setem Set Lengkap Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
5 Setem Set Lengkap Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV – Sultan Muhammad V
2. ASEAN 50 (Ulang Tahun ASEAN ke-50)
3. Sukan SEA ke-29 & Sukan Para ASEAN ke-9 – Kuala Lumpur 2017
4. Destinasi Pelancongan Pahang, Perak & Terengganu
5. Minggu Setem 2017 – Aktiviti Percutian Kanak-kanak
10 Setem Individu Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV – 60 sen
2. HRH Prince of Wales – RM1
3. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIII – RM1
4. Berkelah – 60 sen
5. Rhynchostylis – Rhynchostylis retusa – 60 sen
6. 50th Anniversary of ASEAN – Bunga Raya – 60 sen
7. Kuala Lumpur 2017 – Rimau – 60 sen
8. Kuala Lumpur 2017, Sukan SEA ke-29 & Sukan Para ASEAN ke-9 – Bangkit Bersama – 60 sen
9. Perak – Zoo Taiping & Night Safari, Pulau Pangkor & Taman Negeri Royal Belum – 60 sen
10. Terengganu – Tasik Kenyir, Pulau Redang & Pantai Rantau Abang – 60 sen
5 Setem Lembaran Mini Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV – Sultan Muhammad V – RM5
2. ASEAN 50 (Ulang Tahun ASEAN ke-50) – RM3
3. Negaraku – RM3
4. Ulang Tahun ke-100 (1917 – 2017) Industri Sawit Malaysia – RM3
5. MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang – RM5
5 Sampul Surat Hari Pertama
Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang Di-Pertuan Agong XV – Sultan Muhammad V
2. Ulang Tahun ke-100 (1917 – 2017) Industri Sawit Malaysia
3. Sukan SEA ke-29 & Sukan Para ASEAN ke-9 – Kuala Lumpur 2017
4. MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang
5. Destinasi Pelancongan Pahang, Perak & Terengganu
2. Ulang Tahun ke-100 (1917 – 2017) Industri Sawit Malaysia
3. Sukan SEA ke-29 & Sukan Para ASEAN ke-9 – Kuala Lumpur 2017
4. MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang
5. Destinasi Pelancongan Pahang, Perak & Terengganu
Sampul Surat Kenangan/
Peringatan Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. #KITAJUARA – Kuala Lumpur 2017
5 Cap Sampul Surat Hari
Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. 15o Tahun Setem Negeri-negeri Selat
2. Siri Makanan Perayaan Melayu
3. Ulang Tahun ke-150 Dewan Undangan Negeri Sarawak
4. ASEAN 50
5. #MYUK60
2. Siri Makanan Perayaan Melayu
3. Ulang Tahun ke-150 Dewan Undangan Negeri Sarawak
4. ASEAN 50
5. #MYUK60
Cap Sampul Surat Kenangan/
Peringatan Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. #KITAJUARA – Sukan SEA 2017
5 Risalah Sampul Surat Hari
Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang Di-Pertuan Agong XV – Sultan Muhammad V
2. Ulang Tahun ke-100 (1917 – 2017) Industri Sawit Malaysia
3. MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang
4. ASEAN 50 (Ulang Tahun ASEAN ke-50)
5. Batik Malaysia
2. Ulang Tahun ke-100 (1917 – 2017) Industri Sawit Malaysia
3. MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang
4. ASEAN 50 (Ulang Tahun ASEAN ke-50)
5. Batik Malaysia
Thursday, April 2, 2020
Perintah Kawalan Pergerakan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diisytiharkan oleh kerajaan Malaysia bagi memutuskan rantaian Covid-19 bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 (fasa pertama) dan disambung 1 April 2020 hingga 14 April 2020 (fasa kedua). Mungkin ada tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh saya sepanjang tempoh PKP tersebut.
Pelbagai aktiviti dilakukan, antaranya mendekatkan diri dengan Tuhan, mengemas rumah, menonton televisyen, memasak dan sebagai pengumpul setem, sudah tentu saya melakukan aktiviti-aktiviti berkaitan filateli.
Oleh itu, saya telah mengumpulkan setem, Sampul Surat Hari Pertama dan poskad yang sebelum ini tidak disimpan setempat. Selepas itu, dimasukkan ke dalam kotak plastik dan susun mengikut tarikh keluaran setem sebelum dimasukkan ke dalam album setem dan Sampul Surat Hari Pertama.

Saya dapati, saya telah tidak kemas kini setem Malaysia bermula keluaran penghujung tahun 2017 hingga tahun 2020. Saya berharap, saya dapat selesai kemas kini setem sepanjang tempoh PKP ini. Semoga kita selamat dan sentiasa dilindungi oleh Tuhan. #dudukrumah
Saturday, March 28, 2020
Pejabat Pos Albania
Pada 18 Mac 2019, saya tiba di Albania. Singgah di bandar Tirana terlebih dahulu untuk pergi melihat tasik buatan dan makan tengah hari. Semasa menuju ke restoran, saya hanya mengitai dari dalam bas apabila ternampak sebuah pejabat pos di tepi jalan yang sibuk. Suasananya seperti di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Apabila tiba di restoran, saya padamkan hasrat untuk ke pejabat pos tersebut disebabkan agak jauh dan kesuntukan masa walaupun pejabat pos tersebut satu jalan dengan restoran. Rasa terkilan itu memang ada. Lagipun bimbang tidak akan jumpa pejabat pos Albania yang dibuka waktu perkhidmatannya.
Selepas selesai makan tengah hari, bas yang saya naiki menuju ke Shkoder, Albania. Tidak sangka, perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam. Saya sangkakan paling lama akan memakan masa satu jam.
Apabila tiba di Shkoder (cara sebutan "skadar"), saya kembali rasa tidak sabar melihat pejabat pos di situ. Apa tidaknya, pejabat pos tersebut sangat hampir dengan hotel yang akan saya inap. Dari dalam bas, yang parkir di tepi jalan, pandang kanan nampak pejabat pos dan sebelah kiri nampak hotel.
Sementara menunggu giliran daftar masuk hotel, saya bergegas jalan kaki terus ke pejabat pos disebabkan saya risau pejabat pos tersebut tutup pukul 5 petang, yang lebih kurang 15 minit lagi hampir tiba. Rasanya tidak sampai tiga minit, saya pun sampai di pejabat pos tersebut.
Pejabat pos inilah yang saya tidak sabar hendak lihat disebabkan sebelum ke Albania, saya telah lakukan carian di laman web dan dapati hotel yang saya akan inap berdekatan dengan pejabat pos. Namun, tidak sangka terlalu dekat.
Layanan diberikan oleh petugas pos amat baik walaupun bahasa komunikasi membataskan kami. Saya amat berhati-hati supaya tidak membeli setem atau sampul surat hari pertama yang mahal. Namun akhirnya terbeli juga sampul surat hari pertama yang mahal harganya lebih kurang hampir RM100 disebabkan saya tersalah kira pertukaran mata wang asing dan tertarik dengan imej setem tersebut. Setakat ini, sampul surat tersebut merupakan sampul paling mahal yang pernah dibeli oleh saya. Nasi sudah menjadi bubur. Saya sangkakan pada awalnya petugas pos silap kira. Bila tiba di hotel, baharu saya perasan terbeli jenis yang mahal.
Akibat pejabat pos terlalu dekat dengan hotel, saya telah pergi ke pejabat pos tersebut sebanyak dua kali. Tidak diduga juga pejabat pos tersebut masih dibuka walaupun hampir pukul tujuh malam. Gambar pun banyak diambil. Lokasi pejabat pos tersebut memang bersesuaian disebabkan berada di laluan siar kaki tempat membeli-belah.

Sunday, March 22, 2020
Pejabat Pos Macedonia
Kisah berlaku pada 16 April 2019. Selepas saya selesai pemeriksaan paspot di Lapangan Antarabangsa Skopje, Macedonia, mata saya liar mencari pejabat pos tetapi tiada kelihatan. Seterusnya, saya melepasi satu pintu yang menuju ke ruang legar yang luas dan lapang menyambut ketibaan penumpang kapal terbang. Saya disambut oleh pemandu pelancong yang tinggi lampai. Mata saya masih liar mencari pejabat pos tapi rasa macam hampa. Tanpa diduga, apabila saya sudah berada di tengah ruang legar, baharulah saya terpandang sebuah pejabat pos yang terletak sederet dinding ruang legar tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)