Thursday, April 2, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diisytiharkan oleh kerajaan Malaysia bagi memutuskan rantaian Covid-19 bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 (fasa pertama) dan disambung 1 April 2020 hingga 14 April 2020 (fasa kedua). Mungkin ada tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh saya sepanjang tempoh PKP tersebut.



Pelbagai aktiviti dilakukan, antaranya mendekatkan diri dengan Tuhan, mengemas rumah, menonton televisyen, memasak dan sebagai pengumpul setem, sudah tentu saya melakukan aktiviti-aktiviti berkaitan filateli.

Oleh itu, saya telah mengumpulkan setem, Sampul Surat Hari Pertama dan poskad yang sebelum ini tidak disimpan setempat. Selepas itu, dimasukkan ke dalam kotak plastik dan susun mengikut tarikh keluaran setem sebelum dimasukkan ke dalam album setem dan Sampul Surat Hari Pertama.



Saya dapati, saya telah tidak kemas kini setem Malaysia bermula keluaran penghujung tahun 2017 hingga tahun 2020. Saya berharap, saya dapat selesai kemas kini setem sepanjang tempoh PKP ini. Semoga kita selamat dan sentiasa dilindungi oleh Tuhan. #dudukrumah