Thursday, April 30, 2020

Carta Setem Malaysia Tahun 2017


Carta Setem Malaysia Tahun 2017

Apakah setem Malaysia yang saya minati bagi tahun 2017?

5 Setem Set Lengkap Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)



1. Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV – Sultan Muhammad V
2. ASEAN 50 (Ulang Tahun ASEAN ke-50)
3. Sukan SEA ke-29 & Sukan Para ASEAN ke-9 – Kuala Lumpur 2017
4. Destinasi Pelancongan Pahang, Perak & Terengganu
5. Minggu Setem 2017 – Aktiviti Percutian Kanak-kanak

10 Setem Individu Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV – 60 sen
2. HRH Prince of Wales – RM1
3. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIII – RM1
4. Berkelah – 60 sen
5. Rhynchostylis – Rhynchostylis retusa – 60 sen
6. 50th Anniversary of ASEAN – Bunga Raya – 60 sen
7. Kuala Lumpur 2017 – Rimau – 60 sen
8. Kuala Lumpur 2017, Sukan SEA ke-29 & Sukan Para ASEAN ke-9 – Bangkit Bersama – 60 sen
9. Perak – Zoo Taiping & Night Safari, Pulau Pangkor & Taman Negeri Royal Belum – 60 sen
10. Terengganu – Tasik Kenyir, Pulau Redang & Pantai Rantau Abang – 60 sen

5
Setem Lembaran Mini Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV – Sultan Muhammad V – RM5
2. ASEAN 50 (Ulang Tahun ASEAN ke-50) – RM3
3. Negaraku – RM3
4. Ulang Tahun ke-100 (1917 – 2017) Industri Sawit Malaysia – RM3
5. MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang – RM5

5 Sampul Surat Hari Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV – Sultan Muhammad V
2. Ulang Tahun ke-100 (1917 – 2017) Industri Sawit Malaysia
3. Sukan SEA ke-29 & Sukan Para ASEAN ke-9 – Kuala Lumpur 2017
4. MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang
5. Destinasi Pelancongan Pahang, Perak & Terengganu


Sampul Surat Kenangan/ Peringatan Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. #KITAJUARA – Kuala Lumpur 2017

5 Cap Sampul Surat Hari Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. 15o Tahun Setem Negeri-negeri Selat
2. Siri Makanan Perayaan Melayu
3. Ulang Tahun ke-150 Dewan Undangan Negeri Sarawak
4. ASEAN 50
5. #MYUK60


Cap Sampul Surat Kenangan/ Peringatan Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. #KITAJUARA – Sukan SEA 2017


5 Risalah Sampul Surat Hari Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV – Sultan Muhammad V
2. Ulang Tahun ke-100 (1917 – 2017) Industri Sawit Malaysia
3. MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang
4. ASEAN 50 (Ulang Tahun ASEAN ke-50)
5. Batik Malaysia



Thursday, April 2, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diisytiharkan oleh kerajaan Malaysia bagi memutuskan rantaian Covid-19 bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 (fasa pertama) dan disambung 1 April 2020 hingga 14 April 2020 (fasa kedua). Mungkin ada tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh saya sepanjang tempoh PKP tersebut.



Pelbagai aktiviti dilakukan, antaranya mendekatkan diri dengan Tuhan, mengemas rumah, menonton televisyen, memasak dan sebagai pengumpul setem, sudah tentu saya melakukan aktiviti-aktiviti berkaitan filateli.

Oleh itu, saya telah mengumpulkan setem, Sampul Surat Hari Pertama dan poskad yang sebelum ini tidak disimpan setempat. Selepas itu, dimasukkan ke dalam kotak plastik dan susun mengikut tarikh keluaran setem sebelum dimasukkan ke dalam album setem dan Sampul Surat Hari Pertama.



Saya dapati, saya telah tidak kemas kini setem Malaysia bermula keluaran penghujung tahun 2017 hingga tahun 2020. Saya berharap, saya dapat selesai kemas kini setem sepanjang tempoh PKP ini. Semoga kita selamat dan sentiasa dilindungi oleh Tuhan. #dudukrumah