Saturday, September 25, 2021

New Zealand Kembali Menghantui

Saya berfikir setem dari negara mana yang hendak dipaparkan dalam blog ini. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk mengambil secara rawak album setem di rak kabinet. Meraba-rabakan tangan saya pada album-album setem. Akhirnya tangan saya menyentuh album setem New Zealand! Menjadi kebetulan ibu saya menyebut negara tersebut semasa menonton rancangan dokumentari pada malam semalam.

Setem yang dipaparkan kali ini bertemakan 'orang terkenal' iaitu Prince Charles. Setem tersebut dikeluarkan pada 1 Oktober 1952. Saya tidak perasan ada setem menarik tersebut. Mungkin sebab sudah lama tidak membelek album setem New Zealand. Saya rasa gembira memiliki setem tersebut.