Monday, November 30, 2020

Hari Pos Sedunia 2020


Malaysia telah mengeluarkan setem Hari Pos Sedunia pada 9 Oktober 2020. Namun demikian, tarikh jualan setem tersebut pada 5 November 2020. Terdapat tiga bentuk setem yang dikeluarkan bernilai RM1.30 setiap satu. 

Sunday, November 29, 2020

Rukun Negara Semangat Membara

  


Saya amat gembira dan tidak sangka setem mengenai Rukun Negara dikeluarkan. Saya kagum dan menghargai insan yang memberi cetusan idea bagi pengeluran setem ini. Saya masih teringat ketika mengangkat tangan kanan dan berikrar dengan Rukun Negara ketika perhimpunan pagi di sekolah rendah. Penuh semangat!

Setem Rukun Negara ini dikeluarkan pada 18 Ogos 2020. Setem yang dikeluarkan sebanyak lima jenis bernilai RM0.60 sen. Apa yang unik, setiap setem mewakili satu prinsip Rukun Negara. Terdapat juga satu jenis Lembaran Mini bernilai RM5.00.

Semoga pengeluaran setem ini dapat memupuk semangat perpaduan kepada warganegara Malaysia terutama generasi muda.

Saturday, October 31, 2020

Seni Bina Arkitek Moden


Saya sangkakan setem Amerika Syarikat ini dikeluarkan pada tahun 1969. Setelah saya merujuk laman web dan katalog setem menyatakan setem ini dikeluarkan pada 30 September 1982. Setem ini memaparkan seni bina residen famili seorang arkitek  moden yang bernama Walter Gropius. Bangunan tersebut kini dijadikan muzium.

Friday, October 30, 2020

Pejabat Pos Pulau Pangkor


Pada 31 Ogos 2020, saya telah mengunjungi Pulau Pangkor, Perak. Saya rasa teruja untuk melihat bangunan Pejabat Pos Pulau Pangkor dengan mata sendiri. Sayangnya saya hadir ketika pejabat pos tersebut tutup disebabkan Hari Kemerdekaan Malaysia. 

Friday, July 17, 2020

Bunga Liar Musim PKPP


Setem Bunga Liar Siri III dikeluarkan pada 9 Julai 2020. Terdapat tiga bentuk setem dikeluarkan iaitu bernilai 60 sen, RM1.30 dan RM1.50. Lembaran Mini bernilai RM5.00 turut ada dikeluarkan.

Ini merupakan setem kedua dikeluarkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PPKP) diadakan bagi membendung wabak Covid-19.

Pada pendapat peribadi saya, setem keluaran kali ini boleh dikategorikan menarik. Cuma kadang-kala saya teringin imej setem bunga yang sebenar dan bukan berbentuk ilustrasi atau lukisan.

Tuesday, June 30, 2020

Hidupan Marin Ikonik



Setem bertemakan Hidupan Marin Ikonik merupakan setem yang pertama dikeluarkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan wabak Covid-19 di Malaysia. Setem definitif ini dikeluarkan pada 18 Jun 2020. Kali terakhir Malaysia mengeluarkan setem (tidak termasuk "Setemku" atau setem personal) pada 6 Februari 2020 berkaitan seni khat. 

Kebiasaannya Malaysia mengeluarkan setem baharu sama ada setem khas, setem kenang-kenangan atau setem definitif hampir pada setiap bulan. Ketiadaan keluaran setem tersebut selama empat bulan berturut-turut menimbulkan rasa sedikit kelegaan bagi diri saya disebabkan boleh menjimatkan wang dan apa yang penting boleh menjaga aspek kesihatan tanpa perlu bersesak di pejabat pos. 

Terdapat beberapa keluaran "Setemku" dalam tempoh empat bulan tersebut. Dukacita dimaklumkan, "Setemku" kurang digemari saya disebabkan harganya yang agak mahal.

Monday, June 29, 2020

Carta Setem Malaysia Tahun 2019


Carta Setem Malaysia Tahun 2019

Apakah setem Malaysia yang saya minati bagi tahun 2019?

5 Setem Set Lengkap Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)


Setem Set Lengkap Terbaik

1. Lebah Madu di Malaysia
2. Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
3. Gua di Malaysia
4. Asam
5. Seni Ukiran & Kraf

10 Setem Individu Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)



1. Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI – 80 sen
2. ASEAN POST – Baju Kebangsaan Malaysia – 60 sen
3. Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI – 60 sen
4. Lebah Tualang – 60 sen
5. Lebah Kampung – 60 sen
6. Lebah Kerdil Hitam – 60 sen
7. Asam Embang – 60 sen
8. Lipan Gua & Gua Kelam, Perlis – 60 sen
9. Burung Layang-layang Sarang Hitam & Gua Gomantong, Sabah – 60 sen
10. Asam Kandis – 60 sen

5
Setem Lembaran Mini Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Konservasi Hidupan Liar – Harimau Malaya – RM5
2. Konservasi Hidupan Liar – Badak Sumatera – RM5
3. Gua di Malaysia – RM5
4. Destinasi Pelancongan Melaka & Sarawak – RM2 dan RM2
5. Asam Jawa – RM3

5 Sampul Surat Hari Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Gua di Malaysia
2. Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
3. 150 Tahun Setem Sarawak
4. Asam
5. Konservasi Hidupan Liar


Sampul Surat Kenangan/ Peringatan Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

Tiada

5 Cap Sampul Surat Hari Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI
2. 150 Tahun Setem Sarawak
3. ASEAN POST – Baju Kebangsaan
4. Asam
5. Seni Ukiran & Kraf


Cap Sampul Surat Kenangan/ Peringatan Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

Tiada


5 Risalah Sampul Surat Hari Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
2. Gua di Malaysia
3. Konservasi Hidupan Liar
4. Asam
5. Lebah Madu di Malaysia



Monday, May 4, 2020

Carta Setem Malaysia Tahun 2018


Carta Setem Malaysia Tahun 2018

Apakah setem Malaysia yang saya minati bagi tahun 2018?

5 Setem Set Lengkap Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

Setem Set Lengkap Terbaik 
1. Perkhidmatan Keretapi Elektrik
2. Limau Malaysia
3. Siri Definitif Negeri – Orkid Liar
4. Siri Definitif – Kelantan – Bunga-bungaan Taman
5. Minggu Setem 2018 – Gaya Hidup Malaysia Siri 2

10 Setem Individu Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)




Setem Individu Terbaik

1. Sungai Pahang – 60 sen
2. Gunung Kinabalu, Pulau Sipadan, Burung Jambul & Orang Utan – 80 sen
3. Mengumpul Setem – 60 sen
4. Perkhidmatan Keretapi Elektrik – Stesen Keretapi Kuala Lumpur, Kelas 93 – 60 sen
5. Limau Nipis – 60 sen
6. Bangunan Warisan Lembaga Pelancongan Sabah, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu & Menara Tun Mustapha – 60 sen
7. Perkhidmatan Keretapi Elektrik – Stesen Keretapi Seremban Negeri Sembilan, Kelas 92 – 60 sen
8. Perkhidmatan Keretapi Elektrik – Stesen Keretapi Ipoh Perak, Kelas 91 – 60 sen
9. Bunga Teratai – Kelantan – 10 sen
10. Limau Kasturi – 60 sen

5
Setem Lembaran Mini Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Muzium Telegraf – RM3
2. Siri Definitif Negeri – Orkid Liar – Wilayah Persekutuan– RM1.55
3. Siri Definitif Negeri – Orkid Liar – Johor– RM1.55
4. Tumbuhan Berkhasiat – RM3
5. Perkhidmatan Keretapi Elektrik – RM6

5 Sampul Surat Hari Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Sambutan Hari Kebangsaan 2018
2. Perkhidmatan Keretapi Elektrik
3. Limau Malaysia
4. Siri Definitif Negeri – Orkid Liar
5. Muzium-muzium Bersejarah di Malaysia


Sampul Surat Kenangan/ Peringatan Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Pencapaian Malaysia di Sukan Asia ke-18 Jakarta – Palembang 2018

5 Cap Sampul Surat Hari Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Limau Malaysia
2. Alat-alat Muzik Malaysia Siri 2
3. Perkhidmatan Keretapi Elektrik
4. Sumpit
5. Hari Malaysia


Cap Sampul Surat Kenangan/ Peringatan Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Pencapaian Malaysia di Sukan Asia ke-18


5 Risalah Sampul Surat Hari Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Struktur Unik
2. Muzium Telegraf
3. Perkhidmatan Keretapi Elektrik
4. Limau Malaysia
5. Tumbuhan Berkhasiat Siri 4



Thursday, April 30, 2020

Carta Setem Malaysia Tahun 2017


Carta Setem Malaysia Tahun 2017

Apakah setem Malaysia yang saya minati bagi tahun 2017?

5 Setem Set Lengkap Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)



1. Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV – Sultan Muhammad V
2. ASEAN 50 (Ulang Tahun ASEAN ke-50)
3. Sukan SEA ke-29 & Sukan Para ASEAN ke-9 – Kuala Lumpur 2017
4. Destinasi Pelancongan Pahang, Perak & Terengganu
5. Minggu Setem 2017 – Aktiviti Percutian Kanak-kanak

10 Setem Individu Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV – 60 sen
2. HRH Prince of Wales – RM1
3. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIII – RM1
4. Berkelah – 60 sen
5. Rhynchostylis – Rhynchostylis retusa – 60 sen
6. 50th Anniversary of ASEAN – Bunga Raya – 60 sen
7. Kuala Lumpur 2017 – Rimau – 60 sen
8. Kuala Lumpur 2017, Sukan SEA ke-29 & Sukan Para ASEAN ke-9 – Bangkit Bersama – 60 sen
9. Perak – Zoo Taiping & Night Safari, Pulau Pangkor & Taman Negeri Royal Belum – 60 sen
10. Terengganu – Tasik Kenyir, Pulau Redang & Pantai Rantau Abang – 60 sen

5
Setem Lembaran Mini Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV – Sultan Muhammad V – RM5
2. ASEAN 50 (Ulang Tahun ASEAN ke-50) – RM3
3. Negaraku – RM3
4. Ulang Tahun ke-100 (1917 – 2017) Industri Sawit Malaysia – RM3
5. MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang – RM5

5 Sampul Surat Hari Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV – Sultan Muhammad V
2. Ulang Tahun ke-100 (1917 – 2017) Industri Sawit Malaysia
3. Sukan SEA ke-29 & Sukan Para ASEAN ke-9 – Kuala Lumpur 2017
4. MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang
5. Destinasi Pelancongan Pahang, Perak & Terengganu


Sampul Surat Kenangan/ Peringatan Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. #KITAJUARA – Kuala Lumpur 2017

5 Cap Sampul Surat Hari Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. 15o Tahun Setem Negeri-negeri Selat
2. Siri Makanan Perayaan Melayu
3. Ulang Tahun ke-150 Dewan Undangan Negeri Sarawak
4. ASEAN 50
5. #MYUK60


Cap Sampul Surat Kenangan/ Peringatan Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. #KITAJUARA – Sukan SEA 2017


5 Risalah Sampul Surat Hari Pertama Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)

1. Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV – Sultan Muhammad V
2. Ulang Tahun ke-100 (1917 – 2017) Industri Sawit Malaysia
3. MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang
4. ASEAN 50 (Ulang Tahun ASEAN ke-50)
5. Batik Malaysia



Thursday, April 2, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diisytiharkan oleh kerajaan Malaysia bagi memutuskan rantaian Covid-19 bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 (fasa pertama) dan disambung 1 April 2020 hingga 14 April 2020 (fasa kedua). Mungkin ada tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh saya sepanjang tempoh PKP tersebut.



Pelbagai aktiviti dilakukan, antaranya mendekatkan diri dengan Tuhan, mengemas rumah, menonton televisyen, memasak dan sebagai pengumpul setem, sudah tentu saya melakukan aktiviti-aktiviti berkaitan filateli.

Oleh itu, saya telah mengumpulkan setem, Sampul Surat Hari Pertama dan poskad yang sebelum ini tidak disimpan setempat. Selepas itu, dimasukkan ke dalam kotak plastik dan susun mengikut tarikh keluaran setem sebelum dimasukkan ke dalam album setem dan Sampul Surat Hari Pertama.



Saya dapati, saya telah tidak kemas kini setem Malaysia bermula keluaran penghujung tahun 2017 hingga tahun 2020. Saya berharap, saya dapat selesai kemas kini setem sepanjang tempoh PKP ini. Semoga kita selamat dan sentiasa dilindungi oleh Tuhan. #dudukrumah