Sampul Surat Hari Pertama Sukan Komanwel 1998 merupakan antara koleksi kesayangan saya. Tarikh 16 Mac 2011 merupakan tarikh bersejarah apabila saya menerima Sampul Surat Hari Pertama ini.
Sunday, September 25, 2011
Thursday, August 25, 2011
Sambutan 50 Tahun Kanak-kanak Sedunia
Adakah sesiapa memiliki Buku Setem (Stamp Booklet) Sambutan Jubli Emas Kemerdekaan Malaysia 1957-2007 yang dikeluarkan pada 31 Ogos 2007? Jika ada, saya bercadang untuk tukarkan dengan Buku Setem Sambutan 50 Tahun Kanak-kanak Sedunia yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia pada 11 Oktober 2003. Sesiapa yang berminat, sila hubungi alamat e-mel saya.
Monday, July 11, 2011
Pejabat Pos Besar Singapura
Pada 3.7.2011, kali pertama saya menjejaki Pejabat Pos Besar Singapura di Jalan Eunos 6. Pada mulanya saya berhenti di stesen MRT Eunos. Namun, bila bertanya dengan peniaga-peniaga di MRT Eunos, mereka menyatakan untuk pergi ke pejabat pos tersebut perlu berhenti di stesen MRT Paya Lebar. Saya dan kawan saya terpaksalah berpatah balik naik MRT. Jika hendak berjalan kaki agak jauh sedikit dan pasti akan penat.
Sudah lebih 2 tahun saya idamkan untuk pergi ke pejabat pos tersebut. Akhirnya tercapai. Saya membeli beberapa keping setem dan 3 set lengkap setem. Satu daripada 3 set lengkap tersebut saya beri kepada ibu saya sebagai cenderamata.
Wednesday, June 29, 2011
Koleksi Istimewa
Inilah koleksi istimewa saya. Satu kotak panjang dan nipis yang mengandungi Sampul Surat Hari Pertama sempena Majlis Perasmian Raja Kita dan Pelancaran Setem & Sampul Surat Hari Pertama Pertabalan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Pada kotak tersebut ada dinyatakan mengenai majlis tersebut yang diadakan pada 24 Oktober 2009, 10.30 pagi di Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah (Negeri Sembilan, Malaysia). Sungguh eksklusif!
Friday, May 27, 2011
Pesta dan Pameran Setem/ Matawang 2011
Gambar: Poster Pesta dan Pameran Setem/ Matawang 2011
Pada 14 dan 15 Mei 2011, Pesta dan Pameran Setem/ Matawang 2011 telah diadakan di Danga City Mall, Johor Bahru, Malaysia. Saya telah mengunjungi pada 14 Mei 2011 dan membeli setem yang telah digunakan dari negara Great Britain, Australia dan New Zealand. Saya perhatikan ramai pengunjung telah hadir.
Gambar: Pandangan dari arah atas Pesta dan Pameran Setem/ Matawang 2011

Thursday, April 28, 2011
Setem Cambodia
Pada awal bulan April 2011, saya berjaya menjejaki ibu pejabat Cambodia Post. Sungguh cantik reka bentuk bangunannya.
Saya telah menghabiskan masa lebih kurang 50 minit untuk membeli setem! Agak lama juga di situ berbanding dengan masa saya melawat Muzium Negara Cambodia yang hanya saya gunakan masa lebih kurang 15 minit sahaja.
Setem Cambodia cantik dan penuh warna tersendiri. Saya belanjakan wang sebanyak USD44.00 untuk membeli setem dan sekeping Sampul Surat Hari Pertama. Inilah kali pertama saya memiliki setem Cambodia yang masih belum digunakan.
Tuesday, March 29, 2011
Pameran Setem 1 Malaysia Sedunia
Gambar: Tiket Masuk Pameran Setem
Gambar: Pintu Masuk Pameran Setem
Gambar: Risalah Pameran Setem
Pada hari Isnin 14.3.2011, saya telah mengunjungi Pameran Setem 1 Malaysia Sedunia yang diadakan di Muzium Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Bayaran masuk RM2.00 untuk orang dewasa dan RM 1.00 untuk warga emas.
Saya amat tertarik dengan poster-poster setem yang disusun memenuhi dinding. Cantik. Basikal yang digunakan oleh posmen turut dipamerkan. Sungguh klasik. Bercakap mengenai basikal ini, saya teringat semasa lebih kurang pada tahun 1977, posmen akan hantar surat terus ke pintu rumah saya dengan menghulurkan surat dari basikal yang ditunggangnya.
Saya agak kecewa tidak boleh membeli setem yang dijual oleh Pos Malaysia disebabkan kakitangannya sedang mengemas kini data jualan setemnya.
Saya mencadangkan pameran ini seperti berikut:
i. pameran ini perlu diadakan setiap tahun;
ii. perlu lebih banyak lagi setem dipamerkan;
iii. mengundang Pejabat Pos dari luar negara untuk turut serta dalam pameran ini;
iv. mempelawa peminat-peminat setem untuk mempamerkan koleksi setem peribadi;
v. beberapa keping setem percuma diberikan kepada pengunjung sebagai cenderamata.
Pada keseluruhannya saya boleh berikan markah ke atas pameran ini sebanyak 3 bintang daripada 5 bintang.

Monday, February 28, 2011
Carta Setem Malaysia Tahun 2010
Apakah setem Malaysia yang saya minati bagi tahun 2010?
Gambar: Setem Set Lengkap Terbaik Tahun 2010
5 Setem Set Lengkap Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
Gambar: Setem Set Lengkap Terbaik Tahun 2010
5 Setem Set Lengkap Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
2. Paku Pakis
3. Keluaran Bersama Malaysia-Korea
4. Permainan Tradisional Masa Lapang Bersama Upin & Ipin dan Kawan-kawan
5. Matawang Malaysia
10 Setem Individu Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Blue Tiger - 50 sen
2. FMSR Class T - 30 sen
3. Blue Tiger – 30 sen
4. Komuter dan ETS – 30 sen
5. Tanduk Rusa - 50 sen
6. Korean Tiger - 50 sen
7. Permindahan Lengan – RM1
8. Matawang Malaysia (Muka Depan 20 Sen) – 50 sen
9. Pteropty beami - 30 sen
10. Warisan Negeri Pahang – 60 sen
5 Setem Lembaran Mini Terbaik
(Berdasarkan pandangan peribadi saya)
1. Keretapi Tanah Melayu – RM3
2. Matawang Malaysia - RM5
3. Paku Pakis – RM3
4. Pasar Tempatan, Pasar Minggu Satok Sarawak – RM1 dan RM2
5. Kelip-kelip – RM5
Tuesday, February 1, 2011
Kenangan Manis 2010
Apakah kenangan manis saya sepanjang tahun 2010 yang ada kaitan dengan setem? Kenangan paling terindah, saya berjaya memiliki 4 katalog setem yang dibeli di Singapura. Katalog setem tersebut dari negara Great Britain, China , Jepun dan German. Seronoknya.
Friday, December 17, 2010
Minggu Setem 2010
Pada hari Isnin 13 Disember 2010 jam lebih kurang 11.00 pagi saya telah mengunjungi Minggu Setem yang diadakan di Berjaya Times Squares, Kuala Lumpur, Malaysia. Hari tersebut merupakan hari pertama Minggu Setem! Tidak pernah selama ini saya hadir pada hari pertama Minggu Setem. Minggu Setem ini dijalankan selama seminggu.
Subscribe to:
Posts (Atom)