Thursday, January 29, 2015

Kenangan Manis 2014

Terdapat banyak kenangan manis yang ada kaitan antara saya dengan setem sepanjang tahun 2014. Saya senaraikan top 10 kenangan manis tersebut seperti berikut:

1. Mengunjungi Pameran Setem Remaja Dunia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 5.12.2014 (Hari Kelima).

2. Mengunjungi Pameran Setem Remaja Dunia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 6.12.2014 (Hari Keenam/ Hari Terakhir).

3. Mengunjungi Saudi Post di Mekah pada 6.2.2014.

4. Menerima setem daripada kenalan Brazil yang pertama pada 23.3.2014.

5. Memiliki Lembaran Mini Brazil yang belum digunakan bertemakan Piala Dunia 2014

6. Memiliki Sampul Surat Hari Pertama City of Museums, Melaka

7. Menerima setem Jerman daripada kenalan Jerman pada 21.1.2014.

8. Memiliki setem, lembaran mini dan sampul surat hari pertama keluaran bersama Malaysia dan Hong Kong (keluaran Hong Kong)

9. Memmiliki katalog setem India
10. Memiliki setem PHILAKOREA 2014 pada akhir Julai 2014.

Thursday, January 22, 2015

Pelawat Pertama Moldova

Nota Senyuman: Selamat Menyambut Tahun 2015 kepada semua pengumpul setem seluruh dunia!
 
                                         Gambar: Setem Pertama Moldova Dalam Koleksi

Ketika hampir penghujung tahun 2014 iaitu pada 29 Disember 2014, blog saya telah dikunjungi pelawat dari Moldova. Terima kasih saya ucapkan. Pada mulanya, saya fikir saya tiada langsung setem dari negara ini. Namun, ketika subuh tadi, saya baru teringat macam ada. Oleh itu, carian dilakukan dalam album setem Eropah saya. Album itu mengandungi setem dari pelbagai negara Eropah yang saya sukar miliki. Memang ada setem Moldova itu. Hanya satu! Setem ini saya terima daripada kenalan pada tahun 2007 selepas setahun mula serius mengumpul setem. 
 
Setem bertemakan burung ini dikeluarkan pada 25 Julai 1993. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web seperti yang berikut: 
________________________________________________________________________