Terdapat banyak kenangan manis yang ada kaitan antara saya dengan setem
sepanjang tahun 2014. Saya senaraikan top 10 kenangan manis tersebut seperti
berikut:
1. Mengunjungi Pameran Setem Remaja Dunia di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur pada 5.12.2014 (Hari Kelima).
2. Mengunjungi Pameran Setem Remaja Dunia di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur pada 6.12.2014 (Hari Keenam/ Hari Terakhir).
3. Mengunjungi Saudi Post di Mekah pada 6.2.2014.
4. Menerima setem daripada kenalan Brazil yang pertama pada 23.3.2014.
5. Memiliki Lembaran Mini Brazil yang belum digunakan bertemakan Piala
Dunia 2014
6. Memiliki Sampul Surat Hari Pertama City of Museums, Melaka
7. Menerima setem Jerman
daripada kenalan Jerman pada 21.1.2014.
8. Memiliki setem, lembaran
mini dan sampul surat hari pertama keluaran bersama Malaysia dan Hong Kong
(keluaran Hong Kong)
9. Memmiliki katalog setem
India
10. Memiliki setem PHILAKOREA 2014 pada akhir
Julai 2014.