Thursday, January 22, 2015

Pelawat Pertama Moldova

Nota Senyuman: Selamat Menyambut Tahun 2015 kepada semua pengumpul setem seluruh dunia!
 
                                         Gambar: Setem Pertama Moldova Dalam Koleksi

Ketika hampir penghujung tahun 2014 iaitu pada 29 Disember 2014, blog saya telah dikunjungi pelawat dari Moldova. Terima kasih saya ucapkan. Pada mulanya, saya fikir saya tiada langsung setem dari negara ini. Namun, ketika subuh tadi, saya baru teringat macam ada. Oleh itu, carian dilakukan dalam album setem Eropah saya. Album itu mengandungi setem dari pelbagai negara Eropah yang saya sukar miliki. Memang ada setem Moldova itu. Hanya satu! Setem ini saya terima daripada kenalan pada tahun 2007 selepas setahun mula serius mengumpul setem. 
 
Setem bertemakan burung ini dikeluarkan pada 25 Julai 1993. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web seperti yang berikut: 
________________________________________________________________________