Saturday, September 16, 2023

Gabungan Sains, Pokok dan Bangunan

Malaysia mengeluarkan setem bertemakan sains, pokok dan bangunan pada 18 Mei 2023. Fokus setem tersebut mengenai pusat penyelidikan di Malaysia. Sebanyak 3 denominasi setem iaitu 30 sen, 70 sen dan RM1.30. 


Secara peribadi, saya gemar setem keluaran kali ini disebabkan bertemakan sains, bersaiz besar 30 mm x 40 mm dan terdapat setem 30 sen.

Saturday, September 2, 2023

Duit Syiling Kesultanan Melayu

Keluaran setem Malaysia kali ini amat istimewa terutama kepada mereka yang berminat dengan sejarah.




Setem duit syiling Kesultanan Melayu memaparkan duit syiling semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (Melaka), Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Mu'adzam Shah II (Kedah) dan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Johor).




Setem berbentuk Lembaran Mini turut dikeluarkan dengan memaparkan duit syiling emas Negeri-negeri Melayu terutamanya di Kelantan yang berimej kijang. Lembaran Mini ini sungguh cantik memandangkan terdapat cetakan timbul berwarna emas. 

Thursday, August 31, 2023

Haiwan Kesayangan Tahun 2023





Pembuka tirai setem Malaysia bagi tahun 2023 bertemakan haiwan kesayangan. Setem tersebut dikeluarkan pada 23 Februari 2023. Setem tersebut bernilai 30 sen, 50 sen dan RM1.30. Terdapat juga Lembaran Mini yang dikeluarkan bernilai RM5.00. 

Saya lebih gemar setem 30 sen yang memaparkan ilustrasi ikan pelaga. Adakah ikan pelaga merupakan haiwan kesayangan saya? Ikan pelaga cantik dipandang namun kucing merupakan haiwan kesayangan saya. Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-66.


Tuesday, August 29, 2023

Pelawat Pertama Jordan

Pada 1 Jun 2022, blog saya ini telah dilayari pelawat pertama dari negara Jordan. Namun, saya masih belum ada koleksi setem dari negara tersebut. Mungkin suatu hari nanti saya akan memiliki setem tersebut.

Saturday, August 13, 2022

Sukan Komanwel Birmingham 2022

Setem Sukan Komanwel ke-22

Tanggal 28 Julai 2022, Great Britain mengeluarkan setem sempena Sukan Komanwel atau Commonwealth Games. Sukan ini juga dikenali sebagai Birmingham 2022 bermula 28 Julai 2022 dan berakhir pada 8 Ogos 2022. Birmingham, England menjadi tuan rumah bagi menjayakan sukan berprestig ini.

Sampul Surat Hari Pertama

Sebanyak 8 jenis setem berlainan imej sukan yang dikeluarkan termasuk melibatkan atlet para. Selain daripada setem, terdapat Sampul Surat Hari Pertama dikeluarkan bagi dijadikan kenangan peminat filateli dan sukan. Sampul Surat Hari Pertama tersebut ada sisipan risalah mengenai acara sukan yang dipertandingkan.

Tahniah kepada atlet Malaysia yang telah berjuang untuk mengharumkan negara. Malaysia berjaya memungut 7 pingat emas, 8 perak dan 8 gangsa. Malaysia berada  kedudukan ke-10 dalam senarai pungutan pingat keseluruhan negara yang mengambil bahagian.


Friday, August 12, 2022

8 Kucing Dari Edinburgh

Lapan kucing kesemuanya diterima dari Edinburgh pada 11 Ogos 2022. Kucing-kucing tersebut dalam bentuk setem dan poskad. 

Filateli bertemakan kucing keluaran Great Britain ini dikeluarkan pada 9 Jun 2022. Saya sungguh gembira melihat setem dan poskad tersebut yang bukan dalam bentuk ilustrasi. Cantik dan terasa geram melihat kucing-kucing tersebut dalam pelbagai aksi. 


Untuk peminat poskad, saya terbalikkan sekeping poskad untuk tatapan semua bagi melihat reka bentuk bahagian belakang.

Saya amat berharap Malaysia dapat  mengeluarkan setem tema kucing sebegini. Saya juga berharap jika Malaysia mengeluarkan setem dan poskad untuk apa-apa tema, imej yang dipaparkan dalam setem perlulah sama seperti dalam poskad. Puas melihat  imej setem yang besar dalam bentuk poskad.


Sunday, September 26, 2021

Kecil Tapi Menarik


Hari ini saya paparkan lagi setem New Zealand. Setem ini dikeluarkan pada tahun 1960. Saya masih ingat lagi semasa zaman kanak-kanak suka melihat setem New Zealand yang bersaiz kecil tapi menarik. Setem New Zealand merupakan salah satu koleksi yang mula memberi impak terhadap minat saya untuk mengumpul setem sehingga kini.

Saturday, September 25, 2021

New Zealand Kembali Menghantui

Saya berfikir setem dari negara mana yang hendak dipaparkan dalam blog ini. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk mengambil secara rawak album setem di rak kabinet. Meraba-rabakan tangan saya pada album-album setem. Akhirnya tangan saya menyentuh album setem New Zealand! Menjadi kebetulan ibu saya menyebut negara tersebut semasa menonton rancangan dokumentari pada malam semalam.

Setem yang dipaparkan kali ini bertemakan 'orang terkenal' iaitu Prince Charles. Setem tersebut dikeluarkan pada 1 Oktober 1952. Saya tidak perasan ada setem menarik tersebut. Mungkin sebab sudah lama tidak membelek album setem New Zealand. Saya rasa gembira memiliki setem tersebut.


Sunday, August 29, 2021

Keindahan Pulau Malaysia

Apabila disebut pulau, kadangkala teringat sitkom klasik Gilligan's Island. Pada 5 Ogos 2021, Malaysia mengeluarkan setem dengan tajuk keluaran "Khazanah Tersembunyi di Malaysia -  Pulau". Terubat kerinduan saya setelah empat bulan Malaysia tidak mengeluarkan setem.



Saya minat setem bertemakan pulau kali ini disebabkan bukan dalam bentuk ilustrasi atau lukisan. Warna setem terang dan menarik sesuai dengan keindahan pulau yang ada khazanah tersembunyi.




Saturday, August 28, 2021

RTM Teman Hidup

RTM "Teman Setia Anda"..... sememangnya RTM telah memberi hiburan dan pengetahuan kepada diri saya sejak kecil hinggalah hari ini. Terima kasih RTM.


Pada 1 April 2021, Malaysia mengeluarkan setem sempena ulang tahun RTM ke-75 tahun. Seronok lihat setem yang dikeluarkan yang menggambarkan alat penyiaran klasik hinggalah teknologi terkini.


 

Saya pernah merasai semua alat penyiaran yang dipaparkan pada setem tersebut. Kenangan paling tidak lupa menonton televisyen yang ada pintu di rumah atuk perempuan. Kenangan zaman kanak-kanak yang masih tersemat.